“Lepas kahwin, aku gemuk, isteri pula makin tiptop, diam-diam belakang aku, ini yang isteri aku balas”

Oleh MHDAILY

“Lepas kahwin, aku gemuk, isteri pula makin tiptop, diam-diam belakang aku, ini yang isteri aku balas”Aku bukan lah dilahirkan gemuk.

Tapi sejak sekolah badan aku mula naik. Dan gemuk. Aku selalu dibuli di sekolah dahulu kerana aku gemuk dan senang ditipu.

Persekitaran membesar aku yang dibuli membuat kan aku sangat rendah diri sehingga lah dewasa.

"Lepas kahwin, aku gemuk, isteri pula makin tiptop, diam-diam belakang aku, ini yang isteri aku balas"

Tapi sejak masuk university aku diet dan kuat bersukan. Alhamdulillah kurus sikit.

Kat uni aku ramai kawan, aku banyak membina keyakinan diri ketika di universiti..

Tamat universiti, aku kerja. Alhamdulillah kerja sebagai jurutera. Mempunyai income yang agak stabil. Keluarga aku pun adalah dari keluarga yang tak la susah.

Alhamdulillah aku dan sekeluarga banyak mendapat rezeki Allah.

Sewaktu kerja aku aku diet dan bersenam kaw kaw… Sebab nak cari pasangan, nak ngorat awek. Sampai la satu ketika. Alhamduillah aku dah kurus. Hensem jugak aku ketika tu..

Sampai la aku kenal sorang gadis ni, gadis Sarawak. Aku bercinta dengan dia tak lama. Dia masa tu pun suka kat aku. Masa tu aku ada rupa dan kewangan yang stabil.

Datang dari keluarga yang baik baik. Tapi gadis ini datang dari zero. Ye aku suka kat dia atas paras rupa dan bukan lah ikot kepada nasihat Islam dalam memilih calon isteri..

Tapi saya terima baik dan kekurangan dia. Ikhlas nak jadi teman dia tak pandang status keluarga nya. Dalam setahun kenal, kami kahwin.

Tahun pertama kahwin. Isteri saya (gadis tadi) bunting pelamin. Kami mendapat anak lelaki. Alhamdulillah. Lama kelamaan, selepas kahwin badan aku mula naik. Naik naik sehingga la gemuk melebihi daripada apa yang aku pernah gemuk selama ni.

Dalam kegemukan ini rezeki aku alhamdulillah bertambah. Tetapi aku adalah seorang yang berjimat cermat dan menyimpan. Aku tak boros. Dan ia mendatangkan masalah.

Isteri aku mula demand macam macam. Dan pernah ugut untuk tinggalkan aku dan anak jika beliau tak rasa lengkap dalam hidup dia.

Dia rupa paras makin maintain dan semakin tiptop. Pakaian dia semakin vogue. Maintainance aku ke dia semakin tinggi. Tapi disebabkan sayang kan anak dan keluarga, aku beri je apa dia nak.

Kereta, handbag, macam macam lagi la. Nak perhatian. Aku utama kan dia lebih dari sesiapa sebab aku tak sanggup anak aku dibesar tanpa ibu. Aku nak maintain keluarga ini. Aku korban kebahagian aku demi keluarga.

Situasi badan besar aku ni makin meruncing. Macam macam teknik diet aku buat tak pernah jadi. Semua nya sekerat jalan.

Isteri aku pula dah semakin mengelak untuk buat hubungan intim. Time dia nak je baru lah boleh, tu pun nak jaga hati aku je. Hubungan kelamin dengan dia layan aku tanpa perasan macam patung je aku rasa.

Dia semakin cantik semakin lawa. Semakin mewah. Aku pula bila badan dah besar. Nak berfashion memang payah. Tapi aku sentiasa menjadi suami dan ayah yang baik untuk keluarga aku..

Aku macam dapat agak bini aku banyak buat aktiviti luar. Kadang kadang balik lewat, pernah dulu gaduh dia tak balik rumah berhari hari. Kesian kat anak aku yang kecik tu nangis cari mak dia. Aku tak sampai hati..

Maka aku minta berdamai, aku turuti je kehendak dan cara dia. Dan aku percaya dia keluar dengan kawan kawan dia. Bukan dengan lelaki lain. Dia pun selalu tunjuk tegas konon nya dia takkan buat benda benda tu semua.

Pada satu hari Tuhan nak tunjuk. Aku terima bukti yang dia ada lelaki lain di belakang aku. Cuma tak kantoi sumbang mahram sahaja depan aku.

Tapi aku dapat kesan hubungan dengan lelaki ni berbulan bulan dah. Siap ada kad kondo rumah laki tu lagi takkan lepak kondo main daun terup ye tak?

Aku dah confess dengan dia. Lepas kantoi dia pun putuskan hubungan dengan lelaki tu. Aku buntu taktau nak buat apa. Adakah aku perlu cerraikan isteri aku. Atau aku teruskan sahaja demi anak.

Aku boleh maaf kan dia kalau dia bertaubat. Tapi sebenarmya banyak kali dah dia kantoi kantoi macam ni.

Aku ni masalah hati aku terlalu baik sampai isteri aku ambik kesempatan macamni aku betul betul buntu. Apa yang tak cukup aku bagi kat dia. Segalanya..

Aku banyak berserah kat Allah setiap solat. Aku selalu ajak solat tapi dia asyik mengelak. Dia memang cetek agama. Cetek segalanya.

Aku sayang kan anak aku. Aku dibesarkan oleh keluarga bahagia mak dan bapa yang baik. Aku nak anak aku rasa apa yang aku rasa kebahagian ibu bapa.

Kenapa isteri aku buat aku macam ni sebab aku gemuk dan tak selera?

Aku boleh maafkan dia jika dia bertaubat betul betul. Aku tak redha ni semua. Aku takkan pertahan kan rumah tangga jika isteri aku terus buat lagi kerana itu sudah jatuh dayus dan dayus haram syurga.

Sekarang ni hati aku berbelah bahagi. Terlalu sukar untuk aku terima apa yang berlaku atas kecurangan beliau baru baru ini. Trust memang dah hilang. Aku sekarang betul betul rasa terhina…

Reaksi Warganet

Zaty Iwani –
Isteri Encik ni TAK SEDAR yang dia dah dapat sebaik baik suami. Apatah lagi nak rasa bersyukur. Disebabkan dia cantik ada paras rupa dan terlalu selesa, dia mula nak cari aktiviti yang mencabar..

Jenis perempuan cantik memang senang dapat lelaki. Dia tak merasa kot susah nak cari suami, kena kencing dengan lelaki. Tu belum yang bagi janji kosong yang akhirnya manifesto saja.

Ini semua dugaan. Saya yang nak lelaki gemuk hitam pun, saya yang kene reject, haha.

Athyra Marsood –
Tuan. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, begitulah sebaliknya.

Lepaskanlah dia seperti seorang lelaki sejati! Kumpul segala bukti kecurangan dia. Failkan nusyuz dan talakkan dia.

Tuntut hak penjagaan anak kerana ibu sebegitu mengancam perkembangan sahsiah anak. Biarlah dia dapat hak melawat sahaja. Jangan pisahkan terus anak dari ibunya.

Ubati hati dan carilah penganti. InshaAllah. Semoga tuan dipertemukan dengan wanita yang lebih baik.

Muhammad Ali Zakry –
Bro, ni personal opinion. Kalau curang smpai tahap main daun terup tu, boleh maafkan, tapi nak teruskan perkahwinan mungkin tak.

Saya faham dilema bro. Bro bukan boleh terima atau maafkan, bro mungkin rasa rendah diri untuk teruskan kehidupan baru tanpa dia.

Ye lah, low self esteem. Nak cari pengganti, takut tiada yang sudi. Nak tinggal isteri, sepi pulak sendiri. Tanya balik diri bro kenapa nak teruskan.

My 2 cents, kumpul bukti, then dapatkan hak jaga anak, bina hidup dengan anak. Pelan pelan build confidence, wealth and health. Sooner or later, you’ll find your inner peace

Nor Rosli –
Isteri, kalau betul betul dia sayang, walau gemuk macam mana pon, dia akan usaha sama sama untuk kuruskan suami dia..

Jaga diet dia, pergi jalan kaki hari hari sejam kat taman. Bagi support kat suami. Ni based on pengalaman aku sendiri yang kuruskan suami aku..

Pada aku kurus ni penting bukan hanya untuk tatapan mata. Yang paling penting untuk diri sendiri. Nak beribadat pon rasa ringan. Banyak lagi faedah kurus kalau nak tulis. Aku rasa TT pon tahu sebab dah pernah rasa kurus

Dear TT,

Kau baik sangat, lelaki baik untuk perempuan yang baik. Ada sebab kenapa Allah halalkan pencerraian. Isteri tak balik rumah berhari hari.. nak keluar rumah tak minta izin ka? Hang ketua keluarga.. kena kuat nak pimpin rumah tangga..

Diri kita ni amanah Allah. Jaga elok elok.. jaga pemakanan anak juga dari sekarang. Sihat tu penting.. be strong TT!

Ahmad Ali –
Curang sekali mungkin kesalahan. Curang berkali kali adalah pilihan. Kenapa takut anak membesar tanpa mak sedangkan maknya perangai macam tu?. Mak nya tak kisah pun pasal anak sendiri.

Tinggalkanlah. Unless kalau kau betul betul yakin dia nak berubah dan akan berubah. Kau ingat perempuan baik tak wujud ke? Kau ingat perempuan yang ikhlas boleh terima kekurangan dan duda ada anak tak wujud ke?

Ada. Tapi kalau kita sendiri yang ikat diri kita dan tak bagi peluang pada diri sendiri nak cari yang lagi baik, Apa je orang luar boleh cakap and boleh tolong?.

Diri sendiri kena decide. Kami boleh nasihat. Decision terletak di tangan kau bro.

BACA:

Peniaga ini buat salesman kereta ini tergamam, rupanya dia beli kereta bayar cash guna duit syiliing!

Pemuda Amanah desak penganjuran acara tidak bermoral dibatalkan serta-merta!