Ini 9 ciptaan terhebat zaman purba yang masih digunakan sampai sekarang, no3 dan 4 hari-hari korang pakai

Oleh MHDAILY

Ini 9 ciptaan terhebat zaman purba yang masih digunakan sampai sekarang, no3 dan 4 hari-hari korang pakai.

Ramai orang hari ini terlalu mengambil mudah dan memandang ringan dengan kemudahan serta teknologi yang telah wujud. Kabel optik fiber mampu menghantar maklumat dalam jumlah yang sangat besar dalam masa yang sangat pantas.

Manusia juga kini boleh memandu dengan mudah dengan bantuan sistem navigasi GPS.

Ini 9 ciptaan terhebat zaman purba yang masih digunakan sampai sekarang, no3 dan 4 hari-hari korang pakai

Segala-galanya sudah berada di hujung jari dalam abad ke-21 ini.

Generasi zaman kini mungkin dilahirkan dalam kesenangan sehingga kurang memberikan penghargaan pada generasi terdahulu yang bertungkus-lumus menjana idea kreatif untuk mengilhamkan inovasi.

Menurut Charles Duell, seorang pesuruhjaya paten Amerika Syarikat, laporan menunjukkan majoriti idea yang ingin ‘dicipta’ bermula kurun ke-19 sebenarnya sudahpun dicipta terlebih dahulu.

Namun, tahukah anda, dalam kesemua ciptaan yang boleh didapati hari ini, banyak yang disumbangkan oleh China. Kami kongsikan antara 9 ciptaan terhebat yang dicapai oleh tamadun tersebut yang berjaya mengubah sejarah dunia dan telah berevolusi sehingga ke hari ini:

1. Serbuk letupan
Khabar angin mengatakan serbuk letupan yang dicipta ahli alkimia China zaman dahulu ini dijumpai secara tidak sengaja ketika mereka cuba membuat campuran yang boleh menjadikan manusia hidup selamanya. Ironinya, campuran bahan yang dibuat itu didapati boleh mencabut nyawa manusia dengan mudah.

serbuk letupan disimpan dalam buluh dan ditembak menggunakan anak panah ciptaan china terhebat sejarah

Serbuk letupan awal mula dibuat menggunakan kalium nitrat (saltpeter), arang dan sulfur. Sejarah penciptaannya mula dilakar pada tahun 1044 melalui Koleksi Teknik Ketenteraan Paling Penting yang disusun oleh Zeng Goliang. Menurut Zeng, penemuan serbuk letupan ini sebenarnya telah berlaku lebih awal dari itu kerana Zeng menjelaskan mengenai tiga campuran serbuk letupan berlainan. Pada zaman itu, kerajaan China menggunakan campuran ini sebagai suar dan mercun sebelum dijadikan kegunaan ketenteraan seperti grenad asas.

Lama-kelamaan, serbuk letupan asas ini dicampur dengan pelbagai logam untuk menghasilkan warna terang apabila letupan berlaku. Maka, muncullah pelbagai jenis mercun dan bunga api moden. Selain itu, penciptaan serbuk letupan ini juga melahirkan pelbagai letupan yang boleh diluncurkan seperti peluru.

2. Kompas
Sejarah awal kompas menunjukkan yang orang China mencipta kompas untuk menghala ke arah selatan. Hal ini demikian kerana mereka menganggap selatan merupakan arah kardinal dan bukannya utara. Kompas terawal dicipta sekitar abad ke-4 sebelum Masihi dan diperbuat daripada batu lod (batu magnet).

ciptaan terhebat china kompas sejarah

Kewujudan batu lod ini juga adalah nasib semata-mata. Ia merupakan sejenis magnetit (bijih besi magnetik) yang menjadi sangat bermagnet apabila dipanah petir. Setelah itu, sejenis mineral yang termagnet ke arah kedua-dua utara dan selatan terhasil. Kami kurang pasti siapakah yang mencetuskan idea pintar untuk menunjuk arah menggunakan batu lod ini, namun bukti arkeologi menunjukkan kaum China menggunakan ‘anak panah’ berbentuk sudu/senduk yang sentiasa menghala ke arah selatan.

3. Kertas

sejarah ciptaan hebat orang china kertas
Penemuan bukti bersejarah agak kabur untuk menentukan siapakah yang mula-mula menukarkan idea dan fikiran menjadi bahasa bertulis. Ada yang berpendapat ia berasal dari Sumeria di Mesopotamia, Harappa yang kini berada di Pakistan ataupun Kemites di Mesir. Namun begitu, kita tahu bahawa bahasa pertama telah wujud sekitar 5,000 tahun yang lalu. Ada juga yang mengatakan ia wujud jauh lebih lama dengan mengiktiraf lukisan-lukisan di batuan gua sebagai sejenis tulisan.

 

Apabila tulisan dan bahasa mula berkembang, manusia mula menulis di atas apa sahaja yang mereka boleh dapati. Permukaan-permukaan yang ‘tahan lama’ seperti batu bersurat, buluh, kertas papirus dan pelbagai batuan lain digunakan untuk menulis. Ia mula berubah apabila seorang lelaki China bernama Cai Lun telah mencipta sejenis prototaip kertas moden.

Sebelum penemuan Cai Lun, orang China menulis di atas lapisan nipis buluh dan bebenang sutera. Pada 105 Tahun Masihi, Cai Lun telah mencipta campuran gentian kayu dan air yang ditekan serta dipadatkan di atas sehelai kain yang dikait. Jalinan kain membuatkan kelembapan campuran itu menyejat dan akhirnya menghasilkan sehelai kertas kasar. Namun, tiada siapa yang mengetahui apakah yang ditulis Cai Lun di atas kertas pertama ciptaannya.

4. Mi dan Pasta

mi pasta ciptaan hebat china sejarah
Sesiapa yang gemarkan pasta mungkin perlu berterima kasih kepada orang China purba kerana mencipta makanan ini, bukannya orang Itali seperti yang disangka.

Walaupun banyak perdebatan tentang perkara ini, ahli arkeologi berpendapat bahawa China telah mengatasi Itali dan Arab selama 2,000 tahun. Pada tahun 2006, ekskavasi sebuah perkampungan berusia 4,000 tahun di Lajia dalam wilayah Qinghai berhampiran sempadan Tibet telah mendedahkan penemuan sebuah mangkuk dalam keadaan terbalik yang mengandungi pasta kenyal. Mangkuk tersebut tertanam sedalam sepuluh kaki di bawah tanah.

 

Pasta yang ditemui itu dipercayai merupakan paling ‘tua’ dalam dunia setakat ini. Ia diperbuat daripada dua jenis bijian milet yang banyak ditanam di China sejak 7,000 tahun dahulu. Sehingga ke hari ini orang China masih menggunakan bijian tersebut untuk membuat mi dan pasta.

5. Kereta sorong

Orang China juga telah berjaya mengurangkan beban manusia di dunia sepanjang zaman dengan salah satu ciptaan terhebat mereka iaitu kereta sorong. Seorang jeneral bernama Jugo Liang (ejaan lain: Chuko Liang) yang hidup semasa Dinasti Han telah diiktiraf sebagai manusia yang bertanggungjawab mencetuskan idea kereta sorong dengan satu roda yang sering digunakan untuk mengangkut objek-objek berat pada abad ke-2.

Walau bagaimanapun, idea rekaan Jugo ketika itu tidak mempunyai dua pemegang yang kemudiannya hanya ditambah selepas rekaan itu semakin berkembang. Namun begitu, Jugo telah mendahului orang Eropah selama 1,000 tahun lebih awal dalam sejarah penciptaan kereta sorong.

sejarah ciptaan hebat china kereta sorong

Kegunaan asal kereta sorong itu adalah untuk tujuan ketenteraan. Disebabkan kelebihan fizikalnya untuk melawan pihak musuh, pasukan tentera China telah merahsiakan ciptaan ini berabad lamanya dan hanya menggunakannya sebagai kubu penghadang boleh ubah selain sebagai pengangkutan.

Terdapat juga sebuah cerita rakyat lama China yang mengisahkan tentang seorang petani dari kurun pertama Sebelum Masihi bernama Ko Yu yang mencipta kereta sorong. Walaupun kewujudannya diragui, namun terdapat sedikit persamaan antara Jugo dan Ko. Ini disebabkan kedua-dua jeneral dan petani ini menyembunyikan kewujudan kereta sorong mereka dengan menggunakan kod rahsia.

6. Seismograf

alat seismograf pertama ciptaan hebat china sejarah
Walaupun orang China tidak dapat menyatakan ukuran sebenar gempa bumi dengan skala Richter (skala Richter hanya mula diperkenalkan pada tahun 1935), mereka dilaporkan telah berjaya mencipta alat pengesan gempa bumi pertama atau lebih dikenali sebagai seismograf. Ahli falak diraja China dari Dinasti Han iaitu Zhang Heng telah menghasilkan sebuah seismograf yang sangat cantik pada awal abad kedua.

Rekaan Zhang Heng merupakan sebuah ‘pasu’ tembaga berat dengan sembilan ekor naga yang menghadap ke bawah di sekelilingnya. Naga-naga ini dibina dengan jarak sama lebar antara satu dengan yang lain dan di bawah setiap naga ini terdapat katak individu yang melihat ke atas dengan mulut terbuka.

 

Di bahagian dalam tembaga pula terdapat sebuah gantungan pendulum yang tidak bergerak sehinggalah berlakunya gegaran. Apabila ini terjadi, ayunan bandul ini akan menggerakkan tuil dalaman seismograf secara automatik. Pergerakan ini akan melepaskan sebuah bola dari dalam mulut naga yang menghadap pusat gempa dan bola ini kemudian akan jatuh terus ke dalam mulut katak di bawahnya.

Seismograf pertama ini mungkin kedengaran seperti sebuah binaan yang sangat asas namun negara-negara Barat hanya mula membangunkan seismograf sendiri 1,500 tahun kemudian.

Namun demikian, ramai ahli seismologi meragui pengiktirafan alat ini sebagai sebuah seismograf kerana ia dilaporkan gagal mengesan gempa bumi pada tahun 1971 yang telah banyak mengorbankan nyawa.

7. Layang-layang

Sejarah penciptaan layang-layang diberikan kepada dua orang lelaki China dari kurun ke-4 Sebelum Masihi iaitu Gongshu Ban dan Mo Di. Gongshu merupakan seorang penaung kesenian manakala Mo Di adalah seorang ahli falsafah. Mereka telah mencipta layang-layang berbentuk burung yang melayang dan menjunam apabila angin bertiup.

Lama-kelamaan, penduduk tempatan mula mengembangkan rekaan layang-layang tersebut dalam bentuk baru dan mula menggunakannya untuk tujuan lain. Layang-layang mula digunakan untuk menangkap ikan tanpa penggunaan bot dengan memasang cangkuk dan membiarkannya di tengah-tengah lautan.

 

Selain itu, layang-layang juga memainkan peranan dalam aplikasi ketenteraan di mana ia menjadi dron yang menghantar serbuk letupan ke kubu pihak lawan. Pada tahun 1232 pula, orang China menggunakan layang-layang untuk menyebarkan risalah propaganda di serata pusat tahanan perang Mongolia bagi mendesak tahanan warga China supaya memberontak dan menggulingkan pihak penawan.

Daripada kewujudan layang-layang, keinginan orang China untuk terbang di awan bagai seekor burung menjurus kepada penciptaan peluncur angin (hang glider).

8. Hang Glider

hang glider peluncur angin sejarah ciptaan pertama china
Selepas wujudnya layang-layang pada kurun ke-4, orang China mula membina layang-layang yang bersaiz lebih besar dan aerodinamik untuk menampung berat seorang lelaki dewasa. Kemudian, mereka bertindak lebih berani dengan tidak memasang sebarang tali untuk cuba lihat apa yang bakal berlaku. Dari situlah terciptanya layang-layang gergasi tanpa tali yang hari ini kita kenali sebagai hang glider.

hang glider peluncur angin sejarah ciptaan pertama china

Walau bagaimanapun, pada zaman dahulu, ia bukanlah digunakan dalam sukan rekreasi seperti yang kita ketahui kini. Maharaja China ketika itu gemar mengenakan hukuman kepada banduan dan musuh dengan memaksa mereka terbang dari tebing tinggi menaiki peluncur ini. Seorang lelaki pernah mendarat dan terselamat setelah terbang sejauh dua batu.

Negara Barat hanya mula ‘mencipta’ peluncur angin tersendiri 1335 tahun selepas itu.

9. Sutera
Orang Mongolia, Byzantine, Greek dan Rom semuanya tidak gembira apabila China mula menghasilkan inovasi ketenteraan dengan penciptaan serbuk letupan. Namun begitu, satu lagi ciptaan China ini telah membantu membawa keamanan kepada tamadun-tamadun ketika itu.

mi pasta ciptaan hebat china sejarah

Sutera mempunyai permintaan yang sangat tinggi sehinggakan fabrik halus ini telah membuka ruang kepada China untuk berdagang dengan dunia luar. Kewujudan sutera telah menaikkan nama laluan perdagangan terkenal iaitu Jalan Sutera yang akhirnya menembusi wilayah Mediterranean, Afrika, Timur Tengah dan Eropah.

Kaedah memanipulasi bahan yang dihasilkan daripada ulat sutera ini telah wujud sekitar 4,700 tahun yang lalu. Sebuah skrol dari zaman Liangzhu (3330 hingga 2200 Sebelum Masihi) telah ditemui mengandungi artikel mengenai pembuatan sutera. Orang China sangat menjaga asal-usul sutera dan ia dikawal dengan ketat. Namun, rahsia itu akhirnya terbongkar apabila telur ulat sutera jatuh ke tangan sami-sami dari Eropah yang kemudian membawanya pulang ke Barat.

BACA:

Ini senarai aset ahli parlimen Malaysia, no.1 punya harta cecah RM75 juta!

“Lepas aku sah nikah dengan isteri, ibu dedah 1 rahsia, sejak dari hari itu aku tak sentuh langsung isteriku”