Adik Neelofa kongsi gambar di Instagram sekali lain pula netizen perasan

Oleh MHDAILY

Adik Neelofa kongsi gambar di Instagram sekali lain pula netizen perasan.

TINDAKAN personaliti media sosial iaitu Ameera Khan atau mesra disapa Little Miss Khan berkongsi foto berpakaian seksi ketika berada di Paris sekali lagi mengundang kecaman warganet.

Menerusi salah satu perkongsian di Instagram, Ameera, 23, berkongsi gambar memperlihatkan dia menggayakan pakaian berona kulit yang melekap sekali gus menampakkan sosok tubuhnya.

Adik Neelofa kongsi gambar di Instagram sekali lain pula netizen perasan

Ameera memadankan baju turtle neck itu dengan sepasang seluar berwarna merah jambu.

Difahamkan, influencer itu berada di Paris bagi menghadiri sebuah acara fesyen anjuran jenama terkenal, Diptyque.

Ameera ditegur kerana berpakaian seksi.

Dengan kapsyen ‘Paris you’re so cute’, hantaran itu bagaimanapun menerima komen negatif netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pakaian yang digayakannya.

Ramai berpendapat imej yang dibawa oleh adik kepada selebriti Neelofa itu tidak sesuai memandangkan dia baharu sahaja pulang dari mengerjakan umrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan ‘menghilang’, Little Miss Khan kembali di laman sosial – “Hati baru tiada siapa boleh hancurkan!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan bakal dikenakan tindakan gara-gara rakam dan ‘post’ sedutan filem House Of Gucci

WhatsApp Image 2023-03-19 at 11.29.55 AM

“Kenapa ya saya dapat rasakan dia pergi umrah macam pergi bercuti jalan-jalan dengan keluarga je? Tapi tak mengapalah. Itu hak masing-masing.

“Orang kata berkali-kali pergi umrah pun belum tentu masih terbuka pintu hidayah.

“Wow, balik dari umrah semakin luar biasa,” tulis netizen.

Antara komen netizen yang diterima.

Pun begitu, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan segelintir individu yang memberikan komen kecaman terhadap personaliti itu.

“Pertamanya, itu bukan hal korang kalau dia nak post apa-apa di Instagramnya. Kalau korang tak ada perkara baik untuk bercakap lebih baik diam. Komen-komen macam inilah yang berpotensi membawa depresi kepada seseorang.

“Sebagai orang yang pernah muda, pernah buat silap. Kita doakan saja suatu ketika nanti sama-sama kembali pada fitrah. Yang penting ada asas agama, iman memang turun naik. Dia belum matang,” tulis mereka.

BACA:

Rupanya wujud perkampungan Melayu di Amerika Selatan, Belanda punca segalanya

Ini kisah selepas perang dunia kedua, kes pembunuhan didalam Kereta Api Tanah Melayu