Harga nombor plat F1 je dah cecah RM30.9 juta! Ini cerita tabiat pelik orang Malaysia dengan nombor plat.
Untuk korang yang nak tambah pengetahuan pasal nombor plat termahal kat Malaysia dan siapa pemilik nombor plat F1 yang lain, jom baca artikel kat bawah ni:
Tak lama lagi, korang akan mula nampak nombor plat yang bermula dengan huruf ‘F’ dan ‘V’ kat atas jalan raya nanti.
Ia merupakan nombor plat baru bagi kenderaan yang berdaftar kat Putrajaya dan Wilayah Persekutuan.
“…’F’ telah dipilih untuk pusat pentadbiran Putrajaya selepas menerima permohonan dari Perbadanan Putrajaya. ‘F’ bermaksud Federal (Persekutuan)…”- Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan, dipetik dari The Sun.
Jed Leceister Audi Q3 WhitePhotographer – Stan Papior Autocar Magazine Haymarket Publishing Mercedes Benz S350 Black Photographer – Stan Papior Chevrolet Camaro Black
Nombor plat ‘F’ akan diperkenalkan 1 Jun ni manakala nombor plat ‘V’ akan dikeluarkan lepas Hari Raya untuk korang bid nombor tersebut.
“… bidaan bagi pendaftaran kenderaan bernombor V1 bagi Kuala Lumpur juga diramalkan tidak kurang sengit kerana nombor itu juga agak unik.” – Datuk Seri Ismail Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dipetik dari Kosmo.
Peminat tegar nombor plat dijangka berlumba-lumba untuk bid sebab keunikan nombor yang secara kebetulan mempunyai persamaan dengan singkatan bagi Formula One (F1).
Update: Dalam sidang parlimen, seorang MP mencadangkan kerajaan mengkhaskan nombor dari 1 hingga 222 kepada anggota Dewan Rakyat, sambil berlawak mengatakan yang “pihak berkuasa tidak akan menyaman kenderaan mereka kerana tahu plat sedemikian milik siapa.”
Omaigad… F1 dijangka mencecah jutaan ringgit
Tak mustahilkan nanti kalau korang tengok berderet owner kereta Ferrari beratur pepanjang sebab nak beli tudung Fareeda membida abjad tunggal untuk nombor plat ‘F’. Nombor plat F1 ni dijangka akan mencecah jutaan ringgit dan bakal menjadi nombor termahal lepas nombor W1N yang dibeli Sultan Johor dengan harga RM748 ribu dua tahun lalu.
Plat termahal lekat kat keta Proton Suprima S je! Image dari izyan.com
“Kita akan membuka tender pembidaan kemungkinan selama dua minggu, tambahan dua minggu lagi proses untuk jawatankuasa khas menilai bidaan itu,” – Datuk Seri Ismail Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dipetik dari The Malaymail Online.
Kalau korang nak tahu, sebelum ni dah ada orang pakai nombor plat F1 sejak 2008 dengan nilai £440,000 (RM2.2 juta), tapi kat London lah. Ia dimiliki oleh ahli perniagaan, Afzal Khan.
KERETA Bugatti Veyron milik Khan dengan nombor pendaftaran F1.
Afzal Khan bergaya ngan kereta yang plat pendaftaran nya F1. Image dari Dkdayat
Tapi korang jangan terkejut, sekarang ni nilai dia dah cecah RM30 juta – boleh beli 600 kereta Ford Fiesta.
Ceritanya, ada orang lain berminat dengan nombor tu dan sanggup bayar lebih sepuluh kali ganda daripada harga asal, iaitu lebih £6 juta (RM30.9 juta). Tapi dia taknak jual pun sebab nombor plat tu lebih bernilai dari jumlah yang di tawarkan.
Kalau ni cerita kat obersea, camne pulak dengan nombor-nombor plat kat Malaysia? Adakah masyarakat kita pun sama cam kat sana…
Antara nombor plat paling mahal kat Malaysia
Kalau korang nak tahu, ni antara senarai nombor-nombor plat yang termahal kat Malaysia.
WWW 1- RM 520K (milik Sultan Johor)
WWW 3 – RM360 K (milik ahli perniagaan One Power International Sdn Bhd)
RM 5 – RM264K (milik Raja Muda Selangor)
WWW 5 – RM220K (milik Yang Dipertuan Agong)
BMW 6 – RM97,777K (milik Lee Chong Wei)
Selain tu, ada jugak nombor-nombor yang pelik dan menimbulkan kontroversi macam:
Image dari Anak Ketam.
Rakyat Malaysia ni tak kurang juga kreatifnya. Ada je idea dorang, kekadang tu pilih nombor plat sempena singkatan dari nama dorang sendiri.
Nombor Plat Kenderaan – nama 2
Image dari Anak Ketam
Dorang sanggup tempah nombor plat hingga ribuan ringgit! Perghh dasyattt…
Kenapa beli nombor plat kereta mahal-mahal?
Apakah rahsia di sebalik nombor plat dorang tu sampai sanggup keluarkan duit yang banyak? Mesti korang kengkadang tertanya-tanya jugak kan sebab dorang punya harga nombor ni lebih mahal dari kereta orang-orang biasa. So dari hasil siasatan kitaorang dapati ni adalah antara sebab-sebab nya:
Minat – Nombor tu ada kaitan dengan kisah hidup macam tarikh lahir dan tarikh kahwin. Ada jugak sebab nombor tu berkaitan dengan family. So satu family pakai nombor yang sama!
Kepuasan diri – Sesaja nak buat koleksi. Tapi ni rasanya dorang yang betul-betul kaya je lah yang mampu 😀
Nampak hebat -Kawan-kawan dah guna nombor plat tersendiri, so korang tak nak lah nanti kawan-kawan pandang rendah kat korang.
Investment – Dorang beli dengan harga rendah lepas tu dah beberapa tahun, dorang akan jual dengan harga yang berganda-ganda mahalnya.
Macam mana nak beli nombor plat khas ni?
Ada je cara yang paling mudah kalau korang nak, just upah agen sebagai wakil korang. So korang cuma sediakan dokumen dan tandatangan je. Selebihnya agen akan uruskan. Tapi tu lah, korang kena keluarkan kos tambahan sebagai upah mereka.
Tapi kalau korang nak jimat kos tu boleh buat sendiri dengan mohon cara tawaran. Boleh ikut panduan kat bawah ni. Dokumen apa yang diperlukan?
First sekali korang kena semak bila nombor yang diingini akan dibuka untuk tender, boleh semak kat website JPJ.
Bila tender nombor pendaftaran dah dibuka, korang boleh start bid harga. Isikan borang M.V.10 tapi item nombor 9 dan 10 biarkan kosong dulu.
Sediakan 2 jenis sampul surat (saiz A4 dan saiz biasa) dan setem RM1 sekeping. Setem tu lekat kat sampul saiz biasa. (Tulis siap-siap nama dan alamat korang). Sampul saiz A4, tulis kat depan tu “TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN (No Plat Yang Korang Bida)”. Contoh: TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN F1 dan photostat IC sekeping.
Lepas tu, korang pegi kat pejabat pos atau bank untuk buat deposit tempahan atas nama “KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA”.
Proses seterusnya, bid nombor pulak.
Bawak semua dokumen tadi kat JPJ.
Tulis nombor dan nilai wang kiriman/wang pos/bank draf kat item nombor 9. Tulis sekali nombor resit perkhidmatan kat item no 10 (borang M.V.10)
Masukkan borang M.V.10 yang dah diisi, salinan kad pengenalan, resit bayaran perkhidmatan, sampul surat bersetem yang beralamat sendiri serta wang pos/kiriman wang/bank draf ke dalam sampul surat saiz A4.
Keputusan dapat ke tak biasanya dalam 2 minggu hingga ke sebulan. Korang akan dapat sampul surat yang korang sedia kan tu berserta surat keputusan.
Dah dapat, baru bayar baki nilai tawaran yang korang bid kat JPJ tu.
Borang-Tempahan-Nombor-Pendaftaran-Kenderaan-JPJ-M.V.10
Nak dapat nombor plat unik dan cantik memang kena bid sampai berpuluh-puluh dan ratusan ribu. Tapi korang kena ingat, nombor plat pun ada spesifikasi jugak.
Nombor plat bukan tujuan fancy atau kelihatan cantik je. Kena ikut spesifikasi jugak ye…
Kat Malaysia ni cuma ada tiga je bentuk nombor plat yang dibenarkan:
Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Ukuran nombor plat kat Malaysia. Image dari JPJ
Kalau tak ikut spesifikasi ni, korang boleh disabitkan kesalahan dan didenda tak lebih dari RM300. (file PDF dari JPJ) Bayaran saman ikut jumlah hari:
01 – 15 hari: RM 150
16 – 30 hari: RM 200
Lebih 30 hari: RM 300.
salah- undang-undang
Nombor plat tak ikut spekifikasi. Image dari Polis Daerah Kulai
Berbaloi ke beli nombor plat memahal ni…
Bagi korang yang minat dan memang ada fulus lebih tu tak jadi masalah. Kalau dah jodoh suka nak buat camne. Walaupun ia boleh buat investement tapi agak susah juga sebab kena ada yang sanggup nak bayar double triple kat korang.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio