“First time aku tengok orang cina sambut jenazah di tanah perkuburan Islam, rupa-rupanya mereka ini..”
Tular sebelum ini perkongsian dari laman FB Team Dakwah berkongsikan kisah saat menguruskan jnazah mualaf baru baru ini.
Sepanjang hari ini aku agak terharu satu benda apabila kami menerima satu kes kemtian warga emas yang mualaf.
Saat aku sampai di bilik myat, aku dapati ada beberapa waris bangsa cina yang sedang menunggu.
Kebiasaan kes mualaf jarang ada waris yang prihatin untuk ambil tahu akan pengurusan jnazah bagi kerabatnya yang mti dalam keadaan sudah memeluk islam.
Bila aku tanya kepada beberapa waris ini, rupanya mereka adalah anak-anak si mti. Okay dalam fikiran aku waktu itu, inilah masanya aku hendak sebarkan dakwah kepada non muslim melalui fardu kifayah dengan cara kita mempamerkan kaedah, tatatertib dalam menguruskan jnazah secara islam.
Selepas bersembang bersama waris aruwah, aku dengan sahabat aku yang bernama Seman Qadri Al Burtuqoli terus mengajak untuk membuat pengecaman myat ayahnya.
Apabila sudah dibuka helaian kain di muka aruwah, aku pun apa lagi terus mengajak boleh la u all stanby ambil glove kita mandikan sama-sama aruwah ayah ya. Semua anak-anak angkat tangan tanda menolak.
So aku sebenarnya bab urus myat ini bila ramai-ramai mudah sikit jika nak membolak balikkan body myat. Jadi kami berdua pun mandikan la si aruwah macam biasa.
Kami masih tak mampu lawan sifu kami Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasidyang jenis bermain dengan myat sorang-sorang je. Bagi la myat jenis apa pun beliau boleh main bersama dengan myat itu macam kawan dia sendiri.
Selepas siap di mandikan dan dikafankan, aku pun panggil waris mualaf ini. Sebelum kami menutup si aruwah, aku suruh lah si waris kucup si aruwah tetapi mereka menolak.
Tapi aku cakap la kat dorang,
“Bapak you ni sangat mudah kami uruskan, manyak ringgan, manyak mudah ma. You taw ka saya sudah pakaikan baju terakhir dan wangian yang harum untuk bapak you sehabis baik ini masa you boleh cium bapak you boss”.
Selepas dorang kata takpa dengan tanda menolak aku pun mula la menutup kafan secara keseluruhannya.
Selepas solat jnazah, aku bawa jnazah ke tanah perkuburan islam USJ. Antara waris nya yang follow naik van myat ini adalah anak sulong lelaki aruwah.
Ketika dalam perjalanan yang memakan masa hampir 30 minit lebih, aku macam biasa akan pasang ayat suci al quran. Dan ketika dalam perjalanan tersebut bermulalah episod soal jawab yang mungkin agak menarik sehinggakan aku berasa bangga dengan keindahan islam.
Dalam perbualan dengan waris aruwah ini, aku perhatikan cara dia duduk dalam van jnazah agak sopan al maklumlah sebelahnya keranda dan dalam suasana ayat al quran yang aku pasang di radio.
Dia mula bercerita, abang tahu tak, saya dan beberapa orang adik beradik lain tidak tahu yang ayah saya sudah memeluk islam. Dan saya tak sangka sangat mudah cara pengurusan myat bagi orang islam.
Aku bagitahu la inilah keindahan umat islam. Kami akan memudahkan segalanya bagi meneruskan proses kehidupan di alam akhirat nya nanti. waris aruwah juga membuka cerita berkaitan kos pengurusan myat bagi bangsa cina.
Antara intipati yang aku boleh kongsikan ialah kos untuk tanah pengebumian sahaja hampir 100k. Itu tidak termasuk kenduri yang melibatkan kos untuk menyediakan makanan, kos orang sembahyang, kos hendak membuat replika rumah, duit, kos keranda, kos pakaian si mti. Memang beribu-ribu.
Aku bertanya bagaimana kalau yang tidak berkemampuan, dia menjawab kebiasaan kami akan buat proses pembakaran myat dan abunya kami simpan dalam bekas seperti tin milo dan kami akan buang di laut.
Kalau abunya kami hendak simpan di kawasan perkuburan, memang mahal kosnya sebabnya kami perlu bayar kos lot yang berharga Rm30k. Bahkan setiap bulan kami perlu membayar kos utiliti seperti kos pencucian kawasan simpanan abu.
Aku tanya lagi adakah kaum cina ada menyediakan satu dana khas bagi menampung kos pengurusan myat seumpama khairat kemtian, dan mereka menjawab “tiada”. semua kena tanggung sendiri.
Ayat last yang aku dengar jawapan brother ini, you tahu kan kami orang yang berniaga sampaikan bab myat kami terpaksa akur disebabkan kaum dorang ambil untung besar dan niagakan dalam hal ehwal kemtian. .
Aku tanyalah juga berkaitan kenapa kalau ada kemtian di pagi raya cina, kebanyakan mereka tidak membuat tuntutan myat di hospital ya walaupun yang mti itu adalah mak ayahnya.
Jawapannya mudah sahaja, sebab mana ada orang mahu uruskan, walapun dibayar dengan harga yang tinggi, pihak pngurusan myat non muslim tidak akan ambil sebab susah hendak cari pihak yang sudi hadir seperti untuk upacara yang pelbagai.
So dorang akan tuntut myat tersebut selepas 2 atau 3 hari kemudian bahkan lebih lagi.
Setibanya kami sampai di tanah perkuburan islam. Aku perhatikan gelagat waris ini seumpama teruja dengan keindahan tanah perkuburan islam di USJ. Dorang menyebutkan seumpama macam dalam taman dengan dekorasi yang sistemtik dan juga kecantikan rumput karpet menghijau di setiap tanah pusara.
Ketika mana jnazah sudah di atas tebing liang lahad, kami meminta wakil dari waris untuk masuk ke liang lahad bagi menyambut jnazah ayahnya. kami ajarkan seperti biasa seperi kaedah memegang jasad ayahnya.
Dan paling aku agak terharu di saat tangan anaknya yang non muslim itu membuka setiap ikatan tali kafan dan kami memberikan bimbingan untuk membuka helaian kain di bahagian wajah aruwah.
Dan si anak menurut setiap arahan kami dan terakhir dia mengambil tanah yang ada dan di letakkan di bahagian wajah aruwah ayahnya. Lalu kami timbuskan liang lahad seperti biasa.
Terdapat beberapa soalan yang dia tanya kenapa wajah mesti dibuka, adakah si mti hendak bernafas. Dan mengapa perlu diletakkn tanah pada wajahnya.
Kami jawablah sehabis baik untuk memberikan kefahaman kepada mereka betapa indahnya Agama Islam ini.
Mereka juga ada bertanya boleh ke dorang ingin meletakkan makanan di kubur ayahnya seperti upacara yang agama mereka biasa lalukan. kami pun menjawap, kami mudah sahaja, kami takot makanan hilang sebab mungkin kami yang makan ..hehe
BACA:
5 pemimpin Pas rupanya terbabit ‘kartel dedak’, menantu Hadi Awang buka mulut
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio