“Mak kenapa kita tak solat? Sekali ini jawapan mak, sejak dari itu aku tak tanya mak dah pasal solat”

Oleh MHDAILY

“Mak kenapa kita tak solat? Sekali ini jawapan mak, sejak dari itu aku tak tanya mak dah pasal solat”

. Tujuan aku menulis harini bukanlah untuk membuka aib ibu bapa ku.

Tapi cuma sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang aku rasa. Aku rasa luahan aku ni sangat penting, terutamanya buat ibu bapa di luar sana.

"Mak kenapa kita tak solat? Sekali ini jawapan mak, sejak dari itu aku tak tanya mak dah pasal solat"

Derita seorang anak yang melihat ibu bapanya tidak solat. Ya, aku tak maksudkan derita tu macam kena dera. Tapi aku dapat rasakan tekanan jiwa.

 

Sejak kecil, aku tak pernah tengok ayah atau mak aku solat dengan sempurna (i mean 5 waktu). Ada masa abah solat, tapi mak tak solat.

Aku yakin, masa abah solat tu, time tu dia cuba nak berubah. Tapi benda tu kejap je. Dan aku sendiri tak diajarkan solat oleh mak ayah aku. Aku first belajar solat, kat sekolah. Iaitu kelas agama sesi petang.

Setiap kali ustazah/ustaz cerita pasal solat, cerita hadis2 balasan orang yang tidak solat, air mata aku tak boleh berhenti menitis. Aku takut.

Aku terlalu takut bila bayangkan mak ayah yang aku sayang sangat-sangat tu nak dihimpit sehingga berselisih tulang belakang ( ni hadis yang ustazah tu baca masa tu) . Hati aku rasa sesak sangat masa tu. Aku anak, aku tak mampu nak tegur mak ayah aku.

Aku pernah cakap dengan mak, aku cakap, “mak, kenapa kita tak solat?” Mak aku jawab ayah sibuk. Tak payah nak cakap benda ni depan ayah lah. Ayah balik penat2, jangan nak serabuntukan ayah.

Sejak haritu, aku dah tak cakap pasal solat lagi. Apa aku buat? Aku nangis kat Allah, satu satunya cara yang confirm boleh buat aku menangis kat atas sejadah adalah bila aku berdoa tentang mak ayah aku..

Kalau ingat d0sa aku sendiri pun aku rasa aku susah jugak nak nangis. Tapi kalau ingat mak ayah, hati aku rasa hiba sangat. Aku merintih kat Allah. Hti aku rasa terhimpit sangat-sangat. Hanya Allah yang tahu.

Masa aku doa ni, air mata aku tak berhenti-henti mencurah. Aku yakin doa anak, Allah takkan tolak. Tapi doa aku tu belum Allah kabulkan. Aku masih nampak mak ayah aku culas dengan solat. Tapi dah ada improvement.

Wahai mak ayah kat luar sana, anak korang kat rumah tu, dia memerhatikan setiap benda yang kau lakukan. Dia sentiasa nak yang terbaik untuk mak ayah dia. Macam mana korang tak sanggup nak tengok ada benda yang menyakiti mereka, anak anak juga tak sangggup nak tengok ada benda menyakiti mak ayah mereka..

Perasan tak, kadang kita bagi nasihat kat anak. Anak cepat melenting. Padahal benda yang kita nasihatkan tu biasa je. Kita pun tak faham kenapa dia nak marah. Periksa solat mu, periksa solat mu, periksa solatmu. Periksa hubungan kita dengan Allah, Tuhan yang mengizinkan segala perkara yang masuk dalam hati anak.

Yang pasti, aku bersyukur ada ibu bapa yang masih hidup sampai harini. Aku juga bersyukur sebab ibu bapa aku beragama islam. Mungkin struggle orang lain yang muallaf lebih berat.

Setiap hari membaca ayat orang kafir yang dijanjikan neraka tu, amat memeritkan. Mungkin setengah orang boleh kata, kita solat pun belum tentu syurga. Ya betul.. Betul sangat sangat. Tapi sekurang-kurangnya kita ada jawapan saat dihisab soal solat.

Tahu tak, dalam kubur tu, yang berat persoalan adalah mengenai solat. Ketika di titian as-sirat juga, akan ada perhitungan mengenai solat. Bukan aku tak pernah melalui fasa malas untuk solat, tapi aku gagahkan juga. Sebab aku rasa, itu jawapan aku kat depan Allah nanti.

Ya Allah, kadang-kadang aku malas nak solat juga. Tapi sebab aku takut dengan janji balasanmu, aku gagahkan juga.

Dah jadi trend kan harini, kalau tanya pasal solat benda tu macam membuka aib orang itu. Kalau sentuh soal solat, macam jaga tepi kain orang. Percayalah, kau bukan sedang menjaga tepi kain orang, tapi kau sedang menjaga agamamu dan agama saudaramu.

Perkongsian Aisya mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Lihat apa kata mereka.

Nur Aishah –Untuk confessor, semoga awak tabah. Kita tak boleh ubah ibu bapa tapi dengan kelembutan dan doa, semoga Allah titipkan kasih sayangNya kepada mereka. Semoga mereka diberikan hidayah satu hari nanti. Tahniah kerana menjadi anak yang menjaga solat 🌸

Nuriswani Halim –Setuju dik, ank2 nie dia akan perati apa yang mak ayah dia bt. Anak kak yang baru 1 tahun lebih tue pon kalo time kita solat, dia pon sibuk ambek sejadah suruh hampar sebelah nk solat sekali, kita baca quran dia pon nk mengaji sekali. Diorg byk meniru perbuatan kita.

Kak doakan semoga ibu ayah adik diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.. In sha Allah, Allah akan makbulkan doa adik sb adik ank yang baik, ank yang mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapanya.. Aminnn

Nur Amalina –Dari cara penulisan awak, awak memang anak yang baik. Memang tak mudah nak ajak org solat sebenarnya tambah2 yang lebih tua daripada kita. Roommate saya pun tak solat dan saya tak mampu nak ajak dia solat. Ntahla saya rasa berat mulut sangat nak ajak dia solat padahal perkara lain kitorang boleh sembang.

Saya cuma mampu update kata2 di status whatsapp untuk sedarkan dia. Tapi kata2 yang lembut. Kadang2 kita tak boleh salahkan org tu kalau tak solat mungkin dari kecil dia tak diajar solat macam awak. Tapi saya kagumla awak mampu belajar solat walaupun mak ayah awak tak pernah ajar awak solat.

Awak lagi kuat kerana kt rumah mungkin awak tak diremind untuk solat. Berbanding dgn ibu bapa yang saya yang selalu marah bila tak solat lagi ataupun solat lambat

Salju Kencana –Tetiba aku teringat cerita pasal ustaz ebit liew. Mak ayahhya tak solat. Makanya pula dulu sksi. Tetapi hikmah dia dapat mak ayah tak solat.. Supaya dia menjadi seorang pendakwah.

Bertabahlah. Allah jadikan sesuatu tu bersebab. Kau adalah asbab untuk ibu bapamu ke syurga Allah. Dan kau harus terus tegar memimpin mereka.

BACA: 

Bagaimana Hong Kong boleh jadi bandar paling kaya dalam dunia dengan pantas, ini kisahnya

Gadis ini lawat kawan di Hospital sekali pak guard tak bagi keluar, rupanya ini cerita sebenar