Kecoh pengunjung Port Dickson kena cas RM5 bila bentang tikar nak berkelah, sekali ini kisah sebenarnya

Oleh MHDAILY

Kecoh pengunjung Port Dickson kena cas RM5 bila bentang tikar nak berkelah, sekali ini kisah sebenarnya.

Baru-baru ini tular di beberapa laman page FB mengenai seorang pengunjung pantai Port Dickson yang dikenakan cas RM5 untuk bentang tikar perkelahan.

Dalam hantaran tersebut, pengunjung tidak menyatakan secara detail lokasi yang dikenakan cas tersebut.

Kecoh pengunjung Port Dickson kena cas RM5 bila bentang tikar nak berkelah, sekali ini kisah sebenarnya

Namun dari gambar yang tular, kawasan tersebut adalah seperti kawasan yang berpagar dan dijaga rapi.

Pihak NSU menjangka lokasi terbabit adalah di dalam kawasan persendirian yang sudah direnovasi dalam pelbagai aspek untuk kesenangan pengunjung. Maka bayaran RM5 untuk bentang tikar sebenarnya adalah sangat memadai.

Kebiasaannya, kawasan persendirian berpagar yang dibuka kepada pengunjung akan menyediakan beberapa kemudahan seperti tapak parking, toilet, tempat pancuran mandi, gazebo, kerusi piknik dan sebagainya. Maka sudah tentulah ada cas tertentu yang dikenakan kerana kemudahan yang telah tersedia untuk pengunjung.

May be an image of text that says "Seremban page 23 Skang ni g port dikson smua eh bayar.. Smart btol... Kau ddk dkt kaki 5 ni letak tika pun kena bayar rm5.. Bukan NY ddk dkt tapak khemah tu pun.. Punya lah siaa...baik kau koba air laut tu pun kau baya sewa... Majlis Perbandaran Port Dickson tolong pantau sikit.. Takut sok.. Pasir pantai ni pun dia kira sebutir sebutir... Bak kata org pd PATEMAK... Sekian.. ReebarSeller Follow IG www.instagram.com/seremban_page Join Telegram link: http:tme/jincha/grp-U6SD4AGl #serembanpage #seremban #serembangroup #negerisembilan #perpaduan"

Pengunjung juga boleh memilih seberapa banyak kawasan yang bukan persendirian dan tidak berpagar untuk berkelah seperti di kawasan Pantai Bagan Pinang Batu 4. Di sini juga pantainya bersih dan kawasan lebih terbuka tanpa ada kawasan persendirian.

Diharapkan perihal yang tular ini dinilai dengan kebijaksanaan dan menjadikan ia satu pilihan buat kita samada untuk memilih lokasi persendirian yang sudah direnovasi, ataupun kawasan yang bebas. Ini terpulang kepada selera perkelahan masing-masing.

NSU juga mengambil kesempatan ini mengajak orang ramai khususnya dari Lembah Klang untuk membanjiri pantai Port Dickson pada minggu ini, iaitu minggu terakhir sebelum kita memasuki bulan mulia Ramadhan al-karim.

BACA:

Tiada gaji tetap? Wanita kaya ini akan bayar secara bulanan kepada lelaki yang sanggup menjadi suaminya

Kenapa ya? Patut sekolah dah mula hari ini tapi cuti lagi seminggu, akhirnya Menteri dedah sebab