Tiada gaji tetap? Wanita kaya ini akan bayar secara bulanan kepada lelaki yang sanggup menjadi suaminya

Oleh MHDAILY

Tiada gaji tetap? Wanita kaya ini akan bayar secara bulanan kepada lelaki yang sanggup menjadi suaminya.

Seorang wanita Nigeria berpangkalan di Perancis menggunakan media sosial untuk membuat pengumuman bahawa dia sanggup membayar sejumlah wang secara bulanan kepada lelaki yang sudi menjadi suaminya, lapor portal berita gistreel semalam.

Wanita Nigeria itu membuat pengumuman awam di akaun Twitter dengan mendedahkan bahawa dia kini sedang mencari seorang suami.

Tiada gaji tetap? Wanita kaya ini akan bayar secara bulanan kepada lelaki yang sanggup menjadi suaminya

Menurut wanita yang namanya tidak didedahkan itu, dia memerlukan seorang lelaki untuk tinggal bersama kerana usia tidak lagi menyebelahinya.

Wanita yang kelihatan matang itu mendedahkan bahawa dia memiliki pelbagai hartanah di Nigeria dan Perancis sekali gus wang tidak lagi menjadi masalah untuk dirinya.

Sehubungan itu, dia akan membayar gaji bulanan kepada mana-mana lelaki yang sudi mengahwininya.

Dia berlutut dalam hujan untuk merayu bersungguh-sungguh agar ada lelaki menghantar mesej terus dan memberitahu niat mereka kepadanya,

BACA: 

Golongan belia paling ramai muflis cecah 200,000 orang! Pemuda ini kongsi tips macam mana selesaikan masalah ini

‘Dah bagi betis nak peha’, penerima sumbangan buat report Polis sebab hanya terima RM11K sumbangan