Apa dah jadi sebenarnya? Ahli parlimen ‘tersungkur’ di kaki Baby Shima

Oleh MHDAILY

Apa dah jadi sebenarnya? Ahli parlimen ‘tersungkur’ di kaki Baby Shima. Ahli Parlimen Kuantan (PAS),

Wan Razali Wan Nor membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang didakwa mengkritik pembabitan penyanyi Baby Shima

Kerana memeriahkan program Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Sungai Isap Damai, Kuantan yang berlangsung pada 18 Februari lepas.

Menerusi hantaran Facebook milik Razali, kehadiran Baby Shima pada acara itu tidak seperti yang digambarkan banyak pihak sehingga mendesak agar pembabitan penyanyi sensasi itu dibatalkan.

“Pada 18 Februari, Baby Shima hadir dalam program terbabit dan membuat persembahan menyanyikan beberapa lagu serta berselawat dengan penampilan sopan dan menutup aurat.

“Saya percaya penampilan terbabit adalah sesuai dengan tatasusila setempat dan boleh diterima oleh masyarakat sekitar.

Kaedah cegah banjir secara struktur, bukan struktur

“Penampilan terbabit sekali gus menjawab kekhilafan orang ramai sebelum persembahan itu. Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan terbabit.

“Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan terbabit dan menarik balik kenyataan pada hantaran saya yang disiarkan pada 17 Februari lalu.

“Permohonan maaf ini dibuat tanpa syarat dan saya berjanji untuk tidak mengulanginya,” tulisnya.

Terdahulu, Razali melalui Facebook mendakwa susulan menerima banyak aduan, pihaknya menghantar surat bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) agar menghentikan pembabitan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli di Sungai Isap.

Dalam hantaran terbabit, Razali turut menyebut penyanyi Pura Pura Bujang itu selalu terkait dengan isu moral dalam persembahannya dan melanggar tatasusila serta adat ketimuran.

Dalam pada itu, Baby Shima menerusi kemas kini Instagram meluahkan rasa syukur apabila kebenaran berpihak kepadanya.

“Alhamdulillah, kebenaran akhirnya berpihak pada Shima. Moga menjadi peringatan kepada semua untuk lebih berhati-hati apabila berkata-kata,” katanya.

BACA: 

Dah jadi banduan akhir pun ada selera nak makan, ini senarai makanan yang diminta no.7 tu paling tak masuk akal!

Kapal Titanic bukan karam kerana langgar iceberg, bila disiasat rupanya ini punca sebenar