Diskaun 60 sen je pampasan?! Dah lah tak sedap, dekat ikan pun ada mata kail lagi

Oleh MHDAILY

Diskaun 60 sen je pampasan?! Dah lah tak sedap, dekat ikan pun ada mata kail lagi. Kita sebagai pelanggan bila berada di restoran, selain servis layanan dan kebersihan makanan, keselamatan juga perlu dititik beratkan.

Seorang wanita baru-baru ini ada makan di sebuah restoran di KL dan berdepan dengan situasi bahaya apabila dia menjumpai sesuatu dalam kari kepala ikan yang dia makan.

Jumpa mata kail masa tengah makan ikan

Diskaun 60 sen je pampasan?! Dah lah tak sedap, dekat ikan pun ada mata kail lagi

Baginya, ia merupakan satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sepanjang hidupnya makan kari kepala ikan setelah dia yang waktu itu tengah makan bersama keluarganya terjumpa mata kail kat dalam lauk tu.

Tidak pasti bagaimana mata kail itu ditemui, namun mujurlah tiada di antara mereka yang tercedera.

Terkejut melihatnya, wanita itu terus memanggil pengurus restoran untuk melaporkan hal ini namun respon yang dia terima sangatlah tidak memberangsangkan.

“Sorry salah supplier.”

Mata Kail Dalam Kari Kepala Ikan

Lapor Sin Chew, sebelum dia laporkan kepada pengurus restoran, salah seorang waiter mengatakan bahawa ia silap pekerja dapur, namun apabila sampai ke perhatian pengurus, dia salahkan pengedar.

Walaubagaimanapun, pengurus tersebut ada meminta maaf kepadanya dan pampasan yang diberikan hanyalah diskaun sebanyak 60 sen.

“Mula-mula kata salah pekerja dapur, lepastu kata salah pengedar pula. Nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail tu, tapi macam mana kalau hidangkan kat pelanggan lain?”

Perkara ni tak boleh dipandang remeh, andaikata memang salah supplier sekalipun takkan lah diaorang tak check dulu sebelum masak?

BACA: 

Ramai nak tahu kan? Ini gaji sebenar imam besar Masjidil Haram yang buat ramai terkejut

Penceramah terkenal dari Terengganu ditangkap kes ‘raba’ anak orang