Nak berhijrah ke Amerika, ini cara mudah mohon visa ‘confirm’ lulus!

Oleh MHDAILY

Nak berhijrah ke Amerika, ini cara mudah mohon visa ‘confirm’ lulus!. Umum mengetahui bahawa untuk ke Amerika Syarikat, anda perlu memohon visa.

Bagi anda yang pertama kali mendengarnya, permohonan visa ke Amerika Syarikat agak susah sedikit kerana anda perlu hadir temu duga untuk proses visa secara peribadi.

9 Bulan Di New Zealand, Ini 12 Tip Memohon ‘Working Holiday Visa’ Di Sana

Nak berhijrah ke Amerika, ini cara mudah mohon visa 'confirm' lulus!

153 Senarai Negara Yang Boleh Dikunjungi Rakyat Malaysia Tanpa Visa

Terbaharu, influencer Ivor telah berkongsi sebuah video di Twitter miliknya panduan bagaimana dia berjaya mendapatkan visa Amerika Syarikat dalam masa 2 minggu sahaja.

Berikut adalah proses yang dilakukan oleh Ivor untuk anda cuba memudahkan permohonan visa Amerika Syarikat anda sebagai rakyat Malaysia:

1. Ambil gambar VISA dengan saiz ukuran Amerika Syarikat

Apabila memohon visa bukan imigran, anda dikehendaki memuat naik gambar digital sebagai sebahagian daripada melengkapkan dan menghantar borang permohonan visa DS-160. Anda juga perlu membawa satu salinan gambar ke Kedutaan semasa hari temu duga.

2. Lengkapkan borang

Anda dikehendaki untuk melengkapkan borang DS-160 dan semua maklumat hendaklah betul dan tepat. Selepas borang tersebut dihantar, anda tidak boleh membuat sebarang perubahan.

3. Buat penjadualan temu duga

Selepas anda selesai lengkapkan borang DS-160, anda boleh membuat tempahan temu janji untuk sesi temu duga di sini. Anda akan memerlukan nombor passport anda, nombor resit MRV dan juga 10 digit nombor kod bar daripada halaman konformasi borang DS-160.

4. Cetak dan bawa dokumen untuk sesi temu duga

Pastikan anda cetak dan bawa kesemua dokumen yang diperlukan untuk sesi temu duga serta jangan lambat. Untuk menyemak dokumen diperlukan boleh klik pautan di sini.

Semoga panduan ini dapat menyenangkan anda yang mahu memohon visa ke Amerika Syarikat. Selamat mencuba.

BACA:

“Kenapa awak buka buku pink lambat? Awak tak tahu ke awak pregnant?”, sekali wanita ini buka cerita sebenar pasal suaminya

Selepas Syamsul Yusoff, giliran ayah Shila Amzah pula digosip kahwini anak dara