“Kenapa awak buka buku pink lambat? Awak tak tahu ke awak pregnant?”, sekali wanita ini buka cerita sebenar pasal suaminya.
Tular di laman media sosial ketika ini, seorang wanita yang baru kemtian suami datang ke klinik hadir untuk memeriksa kandungan anak dan membuat buku pink.
Walau berat dugaan dan cabaran yang ditempuh, hidup diteruskan demi membesarkan orang-orang yang disayangi.
Bukan namanya wanita jika dia tidak menanggung segala kesedihan. Kadangkala kesedihan itu diselindungi demi orang lain.
Seorang doktor, tersentuh hati dengan kehadiran seorang pesakit ke kliniknya. Pesakitnya, seorang ibu mengandung baru sahaja kehilangan suaminya. Sebelum meninggal, aruwah suaminya berhajat mengajaknya membuat pemeriksaan kandungan bayi. Aruwah suaminya meninggalkannya dengan dua orang anak dan bayi dalam kandungan.
Ikuti perkongsian yang dipetik dari laman FB Aliaa Amirah.
FEW days ago, I got a pregnant lady. Late booking and unsure of date. Pregnant anak ke 3.
“Kenapa awak buka buku pink lambat? Awak tak tahu ke awak pregnant?”
“Ye Doktor. Peri0d saya tak menentu. Saya pun tak ada alahan loya muntah. Masa pregnant anak-anak sebelum ni, saya alahan teruk. Tapi pregnant yang kali ni, tak ada alahan langsung. Sebab tu saya tak rasa macam saya pregnant. Aruwah suami yang syak saya pregnant. Dia kata nampak saya macam lain dari biasa
“Hah? Aruwah?” My brain was thinking. How can she pregnant if she said aruwah husband.
“Ye doktor. Aruwah suami. Baru meninggal 13 hari lepas. Accident.”
Aku terdiam.
“Aruwah syak saya pregnant. Dia kata tunggu dapat duit gaji, pastu nak bawak saya scan kat klinik swasta”
“Oo, awak dah scan kat klinik swasta la ni?”
“Tak sempat nak scan pun Doctor. Masa hari kejadian tu, aruwah dapat gaji pukul 3 petang. Aruwah tak sabar balik dari kerja sebab dia plan nak bawak saya scan kat klinik swasta malam tu. On the way balik dari kerja, aruwah acccident pukul 6 petang. Meninggal kat tempat kejadian. Jadi saya tak sempat nak gi scan pun lagi”
Aku terkedu. Patient bercerita tenang, tanpa setitik air mata pun gugur.
“Anak-anak macam mana? Faham ke ayah dah takde?”
“Yang sulung umur 4 tahun. Setiap hari pukul 5.30 petang, mesti dia akan tunggu kat pintu. Tunggu ayah dia balik kerja. Lama dia tunggu, tapi ayah tak balik-balik. Mula-mula saya kata ayah pergi kerja jauh. Tapi lepas seminggu, saya tak dapat nak tipu anak saya dah. Saya bagitahu ayah dah tak ada. Ayah pergi jauh tak balik dah. Menangis-nangis saya bagitau anak saya. Saya harap anak saya faham la.”
Aku menangis dalam hati. Aku scan, nampak baby dah usia 20 weeks+. Dah aktif bergerak dalam rahim ibu. Mungkin baby cuba beritahu ibunya supaya jangan bersedih.
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan patient aku ni. Semoga dia dapat jadi supermom untuk jaga anak-anak dan kandungannya.
Updated : Aliaa Amirah tak sangka perkongsiannya tular
Honestly, masa tulis post ni, aku tak expect pun akan dapat 10k react and 3.7k share😅
Tujuan asal post ni sbenonye nak cerita pengalaman je. And aku tak reveal kan pun details patient. Tapi ada beberapa komen yang tag FB patient tu. Ada gak reporter yang share link berita online tentang kejadian accident aruwah suami patient.
I did apologize to my patient for my previous post. Ye la, takut patient rasa tak selesa bila ramai tahu pasal ni. In my defend, aku tak bagitau details patient pun dalam post tu.
End up, patient tak marah pun malah berterima kasih sangat2. Sebab post ni, ramai yang PM dia bagi semangat. And ramai gak yang bagi duit sumbangan untuk patient ni, even tak pernah kenal pun.
I truly appreciate your kindness towards my patient. Thank you Malaysian🥰
Tangisan pilu isteri hamil | Suami mavt dalam perjalanan pulang.
Menerusi ruangan komen, warganet memaklumkan kejadian kemlangan itu pernah dsiarkan portal berita. Melalui posting bertarikh 30 September 2019, Harian Metro melaporkan kejadian kemlangan yang menimpa si suami. Ikuti laporan penuh dibawah.
“DIA sangat gembira selepas mendapat tahu isterinya mengandung anak ketiga, sebaik menerima gaji petang tadi, dia menghubungi isteri dan berjanji akan membawa isterinya menjalani pemeriksaan di klinik swasta esok.
“Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila dia terbabit dalam kemlangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” kata Mohd Razor Abd Rahman, 55, berhubung menantunya, Zulkifli Othman, 33, yang maut dalam kemlangan di Kilometer 68, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Kampung Dendang, Dungun.
Dalam kejadian 6.10 petang itu, Zulkifli disahkan meninggal dunia di lokasi selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan kereta Perodua Viva yang memasuki simpang secara mendadak.
Kejadian menyebabkan mngsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta Mercedes Benz yang berada di belakang Perodua Viva terbabit.
Mohd Razor berkata, kejadian berlaku ketika menantunya yang bekerja di Pusat Pengasingan Kelapa Sawit di Bukit Besi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pancur Jerangau.
Katanya, selepas menerima maklumat berhubung kemlangan itu, dia segera bergegas ke rumah anaknya, Nor Afikah Akmal, 28, bagi memaklumkan kejadian.
“Pada mulanya saya tidak tahu anak (isteri mngsa) mengandung anak ketiga. Selepas memaklumkan mengenai kejadian menimpa suaminya itu, Afikah menangis sambil memaklumkan mengandung.
“Susulan itu saya tidak membenarkan Afikah ke lokasi kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini terhadap dia dan kandungannya,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun.
Menurutnya, susulan kejadian dia memecut kenderaan sendirian untuk ke lokasi untuk tindakan lanjut.
“Ketika sampai orang ramai memaklumkan menantu saya sudah meninggal dunia.
“Saya sangat sedih dengan kehilangan Zulkifli kerana dia menantu yang sangat baik dan sentiasa menghormti orang tua,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemlangan terbabit.
Katanya, mngsa yang parah di bahagian kepala meninggal di tempat kejadian dan myat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Perkongsian dari Aliaa Amirah ternyata membuatkan ramai warganet sebak. Lihat apa kata mereka.
Fazlinda Osman –Anak aku abah dia balik lmbat pun suh video call dh. Tak dpt bayangkn kalo semua ni jd kt diri sndiri. Camne nak bgtau anak yang kecik hakikat sebenar.
Nor Akmar Kamaruddin –Smoga dipermudahkan sgala urusan ibu ini untuk melahirkan dan membesarkan anak2. Jadi ibu yang kuat berjuang untuk beri yang terbaek untuk kejayaan anak2 dunia akhirat. Aamin
Mohamad N Rahayu –Aku baca je cerita ni, dah bergenang dah airmata , kalau aku dengar dari mulut si isteri aruwah tu sendiri rasa rasanya, aku dah slop dah.. Allahu allah ….
Faidzan Haslina –Allah sebaik2 perancang. DIA permudahkan segalanya. Walaupon kakak ni pregnent, tapi dia tak de alahan lgsung shinggakan xsedar dia pregnent. Allahu, semoga terus kuat dan tabah..
BACA:
“Im sorry to you too”, Anju dan bekas tunang berdamai, plan nak nikah ‘on’ balik?