Selepas Syamsul Yusoff, giliran ayah Shila Amzah pula digosip kahwini anak dara. Kalau sudah jodoh, tidak ke mana.
Betul tidak? Apapun, macam musim pula sekarang ni selepas ramai juga antara selebriti di Malaysia yang memilih untuk kahwin lebih dari satu.
Pelakon lelaki popular era 80an kahwin lagi satu…
Terbaru, seorang penyanyi dan pelakon lelaki yang cukup popular era 1980an dilaporkan sudahpun selamat bernikah seorang lagi.
Memetik laporan Harian Metro, isteri barunya masih muda dan jarak umur antara mereka sangat jauh.
Sumber kepada Harian Metro turut mendakwa ramai penduduk berdekatan tempat tinggal mereka melihat kelibat artis itu.
Bagaimanapun, mereka enggan menghebohkan perkara ini kerana ia masih samar-samar dan takut menimbulkan fitnah.
Namun, baru-baru ini ada kejadian membabitkan mereka hingga membawa kepada laporan polis.
Menerusi apa yang berlaku, dipercayai artis dan wanita terbabit adalah pasangan suami isteri. Namun, butiran lanjut tidak diketahui.
Setakat ini tidak dapat dipastikan siapakah artis yang dimaksudkan.
Ini kerana Harian Metro hanya menyebut pasangan itu ada hadir ke pertandingan nyanyian membabitkan anak mereka yang juga seorang penyanyi wanita popular.
BACA: