Ali Baba bujang lapok pernah dibekukan tayangan rupanya ada adegan ‘panas’, dedah abang arwah P.Ramlee. Pertama kali dalam sejarah filem P.Ramlee dibekukan tayangan.
Babak filem Ali Baba Bujang Lapok terpaksa dipotong dan akhirnya mendapat kelulusan tayangan.
Beberapa tahun selepas kematian P.Ramlee seorang wartawan hiburan Pak Omar Hashim menemubual abang seibu P.Ramlee; Sheikh Ali.
Beliau menceritakan sebab filem Ali Baba Bujang lapok dibekukan kerana pihak lembaga penapisan beranggapan bahawa babak akhir filem berunsur keganasan.
Dalam versi asal, bujang lapok (Ramlee, Sudin dan Ajis) yang sedang terlena bermimpi Ali Baba & 40 penyamun. Di akhir cerita, Ramlee menjerit didalam tidur sehingga Ajis dan Sudin terjaga.
Ramlee telah bermimpi menjadi ketua penyamun dan dibunuh oleh Aziz. Manakala Aziz pula bermimpi sebagai Ali Baba yang membalas dendam atas kematian abangnya.
Sudin pula bermimpi sebagai Kassim Baba yang mati dibunuh kejam oleh ketua penyamun. Sudin kemudian keluar rumah pergi mencari tukang kasut yang menjahit badannya.
Yang kita dapat tonton sehingga hari ini adalah versi yang telah ditapis. Amat ketara filem ini seakan tergantung di penghujungnya. Harapan kita untuk menonton versi asal atau ‘Director’s Cut’ hanya tinggal kenangan.
BACA:
Sebab update IOS wanita ini terpaksa tukar skrin iPhone, ini kisahnya
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio