Jana Wibawa perkasakan ekonomi siapa sebenarnya? Pemimpin PN atau rakyat sebenarnya? Jana Wibawa telah ditubuhkan dibawah kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yasin bertujuan asalnya untuk “menjanakan dan memperkasakan ekonomi serta membantu kontraktor Bumiputera”.
Itu kononnya adalah tujuan murni kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional yang mendabik dada menjadi pembela orang ‘Melayu kita’.
Malangnya sewaktu tempoh pandemik COVID-19 ,pada masa sama darurat dan parlimen digantung berbagai aktiviti luar biasa berlaku dimana soalan soalan penting di parlimen tidak boleh disuarakan.
Rupa rupanya waktu darurat dan parlimen digantunglah banyak silap mata telah berlaku.
Wan Saiful Wan Jan, Ketua Penerangan BERSATU yang merupakan orang kanan Mahyuddin dan Adam Radlan yang ada tali persaudaraan dengan Mahyuddin telah didakwa di mahkamah kerana perbuatan menerima rasuah berjuta juta untuk projek projek berkaitan dengan Jana Wibawa yang sepatutnya membantu Bumiputera.
Yalah, Wan Saiful dan Adam Radlan pun Bumiputera.
Anehnya rasuah ini diterima dari seorang bernama Lian Tan Chuan di mana syarikatnya mempunyai kepentingan dalam projek projek berkenaan.
Mengikut namanya Lian Tan Chuan bukan seorang bumiputera jadi aneh pula bagaimana syarikat beliau terbabit dalam usha murni Jana Wibawa yang ditubuh khusus menolong bumiputera Melayu Islam ?
Bukankah BERSATU dan PAS dalam PN juara nombor wahid memperjuangkan hak kepentingan Melayu Islam ?
Orang Melayu Islam Malaysia perlu ambil tahu mengapa dan bagaimana ini boleh berlaku disebalik topeng pembelaan Melayu Islam ini.
Belum pun mula projek, rasuah besar telah diambil. Kalau kontraktor Bumiputera terbabit tidakkah rumit mereka hendak menyiapkan projek tersebut dengan ketirisan begini ?
Begitu ramai kontraktor berwibawa bumiputera yang susah dan muflis semasa pandemik Covid 19 dan dua hamba Allah Saiful dan Adam ini dituduh senang senang menghisap darah melalui rasuah dari pemborong yang kebanyakannya sudah atau hampir nazak.
Siapakah pengkhianat sebenar kepada orang bumiputera di sebalik tabir kerajaan PN Melayu Islam ini?
Kedua dua orang tersebut diatas adalah orang kanan Mahyuddin dan mustahil dia tidak mengetahui apa yang berlaku disebalik tabir.
Sedarlah bangsa Melayuku , bahawa mereka mereka yang bertopeng mengakui diri juara Melayu ini sudah berkali kali mengkhianati bangsa sendiri termasuk dalam isu hartanah MARA di Australia yang merugikan MARA berpuluh juta yang ditubuh untuk membantu bumiputera.
Cerita yang lama berulang kembali.
Bumiputera yang paling awal mengaut keuntungan dari konsep Jana Wibawa adalah dua orang bernama Wan Saiful dan Adam Radian.
Topeng bangsa dan agama yang sering diperalatkan masih dipakai, hanya pelakonnya yang berbeza.
Tapi kerakusan dan rasuah menjadi makanan harian biasa mereka pengkhianat bangsa dan agama.
Musuh tidak semesti berada di luar sana, musuh dalam kalangan kita yang tidak kita sangka adalah yang paling berbahaya dan berbisa.
RAJA BAHRIN SHAH
Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu
BACA JUGA :
Tak perlu sampai ke Thailand, pasangan ini kahwin sindiket di Melaka sahaja dengan kos RM450
Kecewa dengan bekas isteri, lelaki ini bayar nafkah eddah isteri guna duit satu sen
Ini 10 maksud nama daerah yang ada dalam Malaysia, yang last paling kelakar