“Setiap kali dia dapat bonus, bekas isteri akan dapat 20 peratus”, bekas suami dari syurga tetap bagi nafkah walaupun dah berpisah

Oleh MHDAILY

“Setiap kali dia dapat bonus, bekas isteri akan dapat 20 peratus”, bekas suami dari syurga tetap bagi nafkah walaupun dah berpisah.

Seorang kaunselor, Normaliza Mahadi menerusi laman Facebook, berkongsi kisah tentang seorang lelaki yang masih menjaga kebajikan bekas isteri walaupun dah bercerai dan berkahwin baharu.

Menurut Normaliza, lelaki itu bukan sahaja memberi wang perbelanjaan bulanan, malah turut menyediakan rumah serta kereta buat bekas isterinya.

"Setiap kali dia dapat bonus, bekas isteri akan dapat 20 peratus", bekas suami dari syurga tetap bagi nafkah walaupun dah berpisah

“Klien saya bercerai dengan isterinya atas dasar tidak sefahaman setelah sekian lama berusaha mempertahankan perkahwinan. Klien berpindah rumah dan bekas isteri dengan anaknya tinggal di rumah kelamin mereka.

Bekas suami dipuji tetap beri RM1000 sebulan, siap bagi 20 peratus bonus untuk bekas isteri

“Klien berpendapat biarlah dia sahaja yang perlu menyesuaikan diri di tempat baru tetapi bukan bekas isteri dan anak-anak. Bekas isteri dibelikan sebuah kereta untuk kegunaan dengan anak-anak dan sekeping kad kredit untuk petrol,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan masih menampung perbelanjaan di rumah bekas isterinya biarpun dia mendirikan rumah tangga dengan wanita lain sejak lima tahun lalu.

“Klien saya meneruskan semua perbelajaan rumah seperti biasa dan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada bekas isteri.

“Bekas isteri diberikan sebanyak RM1,000 sebulan untuk kegunaan sendiri. Semua perbelajaan lain bekas isteri seperti perubatan, percutian mengikut anak-anak, pakaian hari raya dan sebagainya masih dalam tanggungan bekas suami.

“Sudah 10 tahun berlalu perkara ini tidak pernah berubah walaupun bekas suami sudah lima tahun berkahwin lain,” ceritanya lagi.

Normaliza juga pernah bertanya kepada klien itu sekiranya dia akan berhenti memberi nafkah selepas isterinya berkahwin lain suatu hari nanti.

Lelaki itu menjawab: “Tidak. Dia (bekas isteri) adalah mak yang sangat baik kepada anak-anak saya. Pemberian saya biarlah Allah membalasnya. Selagi saya mampu, InsyaAllah saya akan teruskan apa yang saya buat selama ini.

Tambah Normaliza, lelaki itu juga akan memberi 20 peratus daripada wang bonus yang diterimanya buat bekas isteri.

“Setiap kali dia dapat bonus, bekas isteri akan dapat 20 peratus. Kereta bekas isteri ditukar pada tahun lepas untuk keselesaan,” ceritanya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji lelaki itu kerana sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan bekas isterinya.

Malah, netizen berharap kisah yang diceritakan Normaliza akan menjadi tauladan buat lelaki lain agar sentiasa menghargai pasangan mereka.

“Subhanallah. Ada juga hamba Allah yang mulia begini. Syabas juga buat isteri baharu yang tidak membantah suaminya membantu mantan isteri dan anak-anak.

“MasyaAllah hebat… Tauladan buat pasangan yang bercerai di luar sana.

“Wujud rupanya bekas suami macam ni. Rare sangat,” tulis beberapa individu.

BACA:

“Saya tak takut kena tangkap, 2 hari sudah angkat keluar”, Rohingya tak takut kena tangkap akui ada kabel

Asyik main tiktok, pelajar pening tak dapat jawab exam tulis ‘kamu nanya’ di ruang jawapan