Pemuda ini terkenang dosa yang dikesalkan, rakam video detik akhir bawah runtuhan

Oleh MHDAILY

Pemuda ini terkenang dosa yang dikesalkan, rakam video detik akhir bawah runtuhan. Sisa runtuhan sebuah bangunan apartmen di selatan Turkiye yang digembar-gemburkan sebagai ‘kalis gempa bumi’ menjadi sasaran kemarahan orang ramai, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ketika pembukaannya beberapa dekad lalu, bangunan apartmen Ronesans Rezidans itu diiklankan sebagai ‘serpihan syurga’ dan didakwa kalis gempa bumi.

Bagaimanapun, apartmen Ronesans Rezidans runtuh semasa gempa bumi lebih seminggu lalu yang menyaksikan beratus-ratus penghuni kejiranan itu terbunuh.

Pemuda ini terkenang dosa yang dikesalkan, rakam video detik akhir bawah runtuhan

Mereka yang terselamat berdiri di tepi timbunan konkrit blok pangsapuri 249 kejiranan itu sambil menunggu berita orang tersayang, namun harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup kini pudar.

“Saudara lelaki saya tinggal di sini selama 10 tahun. Bangunan ini dikatakan selamat gempa bumi tetapi anda boleh lihat hasilnya.

“Ia diperkenalkan sebagai kediaman tercantik di dunia. Kini ia dalam keadaan mengerikan. Tiada simen mahupun besi yang elok di dalamnya. Ia ibarat neraka, ” kata tukang emas berusia 47 tahun, Hamza Alpaslan.

Gempa bumi kuat di Turkiye telah mengorbankan lebih 43,000 orang dan menyebabkan berjuta-juta mangsa kehilangan tempat tinggal.

Rakyat Turkiye meluahkan rasa marah terhadap apa yang mereka lihat sebagai amalan pembinaan yang korup dan pembangunan bandar yang cacat.

Kementerian Perbandaran Turkiye menganggarkan kira-kira 84,700 bangunan runtuh atau rosak teruk akibat gempa bumi.

Walaupun Ronesans Rezidans yang diterjemahkan sebagai ‘kediaman Renaissance’ runtuh, beberapa banguna lama berhampiran blok apartmen itu masih teguh.

Kehilangan pemain bola sepak antarabangsa Ghana, Christian Atsu yang bermain untuk pasukan tempatan Hatayspor juga dipercayai tinggal di kompleks itu.

BACA: 

Mbappe bakal sarung jersi Manchester United, peminat mula tak keruan dengar berita ini

“Orang luar pun menghargai”- Menu Rahmah, mat salleh ini cadang Perdana Menteri UK belajar dengan Anwar