MB Kedah serah borang keahlian Pas? Tun M bakal sertai Pas?

Oleh MHDAILY

MB Kedah serah borang keahlian Pas? Tun M bakal sertai Pas?. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, petang tadi.

Menurut beliau, banyak perkara yang dibincangkan dengan Dr. Mahathir, terutamanya tentang sejarah lampau, penjajahan, kelemahan dan kesilapan, masa depan orang Melayu, tanah Melayu, ekonomi, politik, sosial, padi dan beras, Kedah, Langkawi, Pulau Pinang, Malaysia dan negara serantau.

MB Kedah serah borang keahlian Pas? Tun M bakal sertai Pas?

Katanya, mereka turut membincangkan tentang projek-projek berimpak tinggi kerajaan dan swasta di Kedah seperti Kedah Aeroteopolis, Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ), pelabuhan, stesen janakuasa bebas dan Widad Langkasuka.

“Keperihatinan Tun Mahathir kepada masa depan orang Melayu tidak pernah luntur.

“Pemikiran beliau tetap tajam, ingatan beliau detaildan pandangan beliau tetap segar. Semoga Allah panjang usia Tun berdua dalam kebajikan,” katanya dalam hantaran Facebook.

BACA:

Jarang berlaku ni, lelaki sanggup cari roadblock sebab nak test MyJPJ

Lelaki ini jumpa burung ketika hiking, ini rupa sebenar burung itu selepas 2 minggu