“Kandang lembu dah level kayangan ni, ingat orang yang duduk”. Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah rumah yang kelihatan mewah jika dilihat dari luar, namun ia sebenarnya sebuah kandang lembu, lapor program berita Liputan6 semalam.
Rumah terletak di Madura, wilayah Jawa Timur itu menempatkan lima ekor lembu yang digunakan dalam pertandingan lumba lembu.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, seorang lelaki menunjukkan keadaan rumah tersebut yang kelihatan mewah di bahagian luar.
“Ketika berkunjung ke Madura, saya berhenti seketika dan kagum melihatkan rumah gah dan begitu mewah sekali.
Belum selesai berasa kagum, kediaman itu rupa-rupanya menempatkan beberapa ekor lembu,” kata lelaki berkenaan.
Tambah lelaki tersebut, lembu-lembu dibela itu berharga hingga berbilion-bilion rupiah.
“Ada lembu itu pernah menjadi juara beberapa kali sehingga memberi pemiliknya peluang mendapat hadiah kereta,” kata lelaki berkenaan.
Menurutnya, penduduk Madura memiliki rumah yang mewah namun, bukan untuk dijadikan tempat tinggal sebaliknya, dijadikan kandang lembu.
“Jadi, jangan bangga menjadi orang kaya. Orang Madura lebih gila kerana rumah mewah dibina untuk lembu,” katanya.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
@leonardyorikoHanya berkunjung seharinsaianke Madura, ga berhenti terheran heran.. di pelosok rumah gagah dan mewahnsekali.. eeehhh belum selesai herannya malah nemu rumah mewahndan besar yang isinya Sapi.. haiyaaaahhh♬ Funny – Gold-Tiger
“Ya, wajarlah membina rumah untuk lembu kerana lembu-lembu itu dapat ‘membawa pulang’ kereta, rumah dan perbelanjaan percutian. Madura amat hebat,” kata seorang netizen.
“Lembu bukan sebarang lembu,” kata seorang pengguna lain.
@tribunmedandaily Viral Rumah Mewah di Madura Jadi Kandang Sapi Mahal #fyp #tribunmedan #rumahmewah ♬ Creepy Violins – Apollo Nove
BACA:
Kerajaan akan haramkan lato-lato dalam masa terdekat?
Rupa-rupanya ahli parlimen ini ada 70 orang anak? Berapa orang isteri dia sebenarnya, ini kisahnya..