“Aku dah tengok CCTV, harap mak bapak tanggungjawab”, wanita ini berang cermin keretanya pecah akibat lato-lato

Oleh MHDAILY

“Aku dah tengok CCTV, harap mak bapak tanggungjawab”, wanita ini berang cermin keretanya pecah akibat lato-lato. SEJAK akhir-akhir ini media sosial dilanda ‘ribut’ mengenai permainan lato-lato yang didakwa membahayakan keselamatan pemain dan orang di sekeliling.

Manakan tidak, saban hari pelbagai cerita negatif dikongsikan orang ramai di media sosial hingga wujud gesaan agar permainan itu diharamkan termasuk larangan dibawa ke sekolah.

Terbaharu seorang individu naik berang apabila cermin keretanya pecah dan berderai, dipercayai akibat terkena mainan lato-lato.

Hantaran asal di Facebook.

Kejadian malang itu dipercayai berlaku di Guar Chempedak, Kedah.

"Aku dah tengok CCTV, harap mak bapak tanggungjawab", wanita ini berang cermin keretanya pecah akibat lato-lato

Menurut seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tiniey Zatiey, insiden itu terjadi setelah keretanya ditinggalkan seketika di lot parkir.

“Harap sesiapa yang buat, tolong bertanggungjawab. Bagi anak main lato-lato sampai kena cermin kereta aku dan lepas tu lari tinggal.

“Aku dah tengok rakaman litar tertutup (CCTV), harap siapa yang buat sila bertanggungjawab.

“Main… lepas itu kena cermin kereta aku pecah, habis lari macam itu saja. Lato-lato warna putih ada tinggal di kereta aku.

Perilaku pemain lato-lato tak ubah macam anak jin main guli atas siling, bikin bising malam-malam.

“Kepada ibu ayah yang bagi anak main sampai pecah kereta aku, sila bertanggungjawab. Kejadian depan Tealive (Kompleks Perniagaan) Guar Utama Longwan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meminta Kerajaan untuk mengikut jejak langkah negara-negara di Barat bagi mengharamkan permainan lato-lato.

“Dah la bagi pecah, kemudian lari pula. Tiada rasa belas kasihan kat orang (pemilik kereta). Rasa macam tak bersalah.

Sebahagian komen warga maya.

"Aku dah tengok CCTV, harap mak bapak tanggungjawab", wanita ini berang cermin keretanya pecah akibat lato-lato

“Permainan lato-lato bukan bahaya ke, gigi kawan saya patah main bola lato-lato, tu dia macam batu main pusing-pusing.

“Permainan paling tak berfaedah, Perilaku main lato-lato tak ubah macam anak jin main guli atas siling, bikin bising saja malam-malam.

“Sepatunya negara kita kena haramkan lato-lato ni bahaya, negara luar lain tidak dibenarkan main lato-lato,” ujar sebahagian warga maya.

Sebagai makluman, permainan lato-lato telah diharamkan di Amerika Syarikat dan Britain kerana boleh membawa kecederaan kepada kanak-kanak dan digunakan sebagai senjata.

BACA: 

Ikan terubuk ‘besi’, DJ radio ini kongsi cara unik makan ikan ini yang ramai tak tahu

Selepas menu Rahmah, kerajaan umum pakej perpaduan internet tanpa had RM69 sahaja sebulan – “penat menahan diri..”