Patutlah laku keras, rupanya plaster luka jadi pelaris kuey teow goreng kedai makan di Bkt Bintang. Seorang pengguna Twitter, Hannah berkongsi pengalamannya ketika sedang makan kuetiau goreng, namun terkejut apabila terjumpa plaster luka terpakai di dalamnya.
Melihat kepada beberapa gambar yang dimuat naik Hannah, terasa jijik dengan kualiti masakan pihak peniaga tersebut.
Menurut Hannah, dia memesan makanan tersebut menerusi perkhidmatan penghantaran makanan dari sebuah kedai makan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
“Terdapat plaster luka dalam kuetiau goreng saya, saya nak menangis dan sangat geli, lebih teruk plaster tersebut telah digunakan,” luahnya dengan kecewa.
Jelasnya lagi, pada awalnya dia menyangkakan plaster luka tersebut adalah kulit ayam dan apabila diteliti dengan betul, alangkah terkejutnya setelah mengetahui perkara sebenar.
“Separuh jalan makan baru perasan benda itu. Saya sangkakan ia hanya kulit ayam, selepas kawan nak habiskan makanan saya, dia yang perasan itu adalah plaster terpakai,” ciapnya.
Dalam pada itu, pemilik akaun tersebut turut memaklumkan dia bakal mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan kerana cuai dalam aspek kebersihan makanan kepada pelanggan.
BACA:
Agong anugerah ‘Datuk Seri’ kepada Mohamad Sabu
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio