Aksi Syed Saddiq dan Amelia Henderson main badminton jadi buah mulut orang ramai Nama Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq terdahulu pernah menjadi bualan netizen disebabkan gelagatnya yang dikatakan kekok dan seolah-olah tidak pandai bersukan ketika ketika bermain badminton bersama rakan.
Jadi Pasangan Beregu Amelia Henderson
Kali ini, Syed Saddiq menerusi hantaran di Instagram dilihat kembali ‘balas dendam’ selepas menjadi pasangan beregu badminton dengan pelakon terkenal, Amelia Henderson, baru-baru ini.
“Syed Saddiq vs Amelia Henderson. Who won? 😎. Dua-dua memang super competitive. Nak menang supaya boleh dijadikan bahan membahan sampai sesi seterusnya 😂 .”-Tulis Syed Saddiq di Instagram
“Dia Bolot Sorang Pulak Dah..”
Walaubagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen, malah ada yang rasa lucu melihat gelagat Syed Saddiq yang seolah-olah tidak memberikan peluang kepada Amelia untuk melakukan sebarang pukulan biarpun menjadi pasangan beregu.
“Main single je YB 😂. Semua shuttle YB nak ambik.”
“Kesian Amelia semua YB sapu 🤣.
“YB memang biasa kaut semua eh.”
“Macam main sorang je YB. Kesian Amelia tak dapat chance nak pukul.”
“Kalau nak main sorang, bagitau awal-awal.”
“Dia bolot sorang pulak dah.”
View this post on Instagram
“Main single je YB. Baru nampak YB main.”
BACA:
Pelanggan beratur panjang, wanita persoal mana pekerja lain? “Nama dah family..”
Pemuda umur 19 tak menyesal bercinta dengan nenek tua umur 57 tahun