‘Selera T20, poket B40’ – Netizen kecam tindakan penghuni flat cop parking siap pasang awning. Kisah penghuni pangsapuri renovate rumah seolah-olah mereka tinggal di rumah teres tidak berkesudahan. Sebelum ini sering berlaku kes cop parking dengan pelbagai cara digunakan seperti meletakkan pelbagai jenis barangan di tapak parking. Kini lain pula kisahnya.
Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial menunjukkan sebuah rumah flat yang di renovate serta dipasang awning di bahagian luarnya siap cop 2 parking kereta. Salah satunya diletakkan pasu bunga, sebelahnya pula diletak permainan kanak-kanak.
Kejadian ini dipercayai berlaku di salah satu unit pangsapuri di Mantin, Negeri Sembilan. Ramai netizen menyuarakan kritikan tindakan penghuni unit pangsapuri tersebut dan mempersoalkan kenapa rembat dua tempat parking yang sepatutnya untuk kegunaan penghuni lain.
Selain itu, ada juga netizen mengecam tindakan penghuni unit pangsapuri yang mementingkan diri sendiri itu dengan kata-kata sindiran.
“Ambil dua petak parking, siap buat taman pula depan rumah.
“Beli kondo pun parking kereta jauh, beli flat dapat parking betul-betul depan rumah.
“Patut dia bubuh set meja taman, barula healing dengan pokok-pokok dia.
“Alang-alang buat pagar dengan pintu gate, teruslah senang,” kata beberapa netizen lagi.
Susulan itu, netizen menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) buat kerja, pantau tindakan penghuni rumah flat melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran PBT.
BACA:
Pegawai Agama Kota Setar dedah ada lelaki nikah isteri orang di Thailand
Kayu berselerakan pasca banjir hanya sampah sarap, bukan pembalakan – JPNP
Beli air secawan je, lepak sampai 5 jam – Netizen berang Mcd jadi ‘Perpustakaan awam’