Sebaris motor terbakar: ‘saya first time jumpa kes macam ni’ – abang bomba

Oleh MHDAILY

Sebaris motor terbakar: ‘saya first time jumpa kes macam ni’ – abang bomba “Saya tidak pernah jumpa kes sebegini apabila motosikal yang dalam keadaan parkir boleh terbakar secara tiba-tiba,” kata Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Khairollizal Abu Kassim mengenai kejadian sebuah motosikal yang diparkir di hadapan sebuah hotel dekat Jalan BBN 1/7d, Bandar Baru Nilai, di sini, terbakar secara mendadak, pagi tadi.

Kejadian jam 6.40 pagi itu menyebabkan dua motosikal yang diletakkan di situ musnah 100 peratus selain sebuah kereta terbakar 30 peratus.

Khairollizal yang juga Pegawai Operasi berkata, kebiasaannya kes kebakaran membabitkan kenderaan berlaku dalam keadaan enjin hidup tetapi dalam kes itu enjin motosikal sudah dimatikan.

Beliau berkata, api dipercayai bermula daripada salah sebuah motosikal sebelum ia merebak dengan pantas ke arah dua kenderaan berdekatan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan menerusi Mers 999 daripada pekerja hotel memaklumkan berlaku kebakaran motosikal di hadapan premis terbabit jam 6.44 pagi.

“Sepasukan anggota dan pegawai dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai bergegas ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebaris motor terbakar: 'saya first time jumpa kes macam ni' - abang bomba

Menurutnya, komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan Perodua Viva yang terbakar 30 peratus dan dua motosikal terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini. Kerja pemadaman dilakukan pihak bomba sehingga selesai,” katanya.

Menurutnya, pemerhatian awal dan maklumat daripada pekerja hotel yang melihat kejadian, api bermula dari bahagian hadapan sebuah motosikal namun tidak diketahui puncanya.

“Angin kuat menyebabkan ia merebak ke dua kenderaan lain. Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan jika ia membabitkan unsur khianat, akan diserahkan kepada polis.

“Sehingga kini pemilik kereta dan sebuah motosikal sudah dikenal pasti. Model bagi kedua-dua motosikal sukar dicam kerana musnah sepenuhnya,” katanya.

BAg bomba yCA:

Ini dia abanang buat gadis hari merdeka terjerit-jerit

‘Mi abam bomba’ tular, dijual harga 50 sen je, ini lokasinya