Dicaj RM88 untuk sehiris Avacado, nak pengsan pemuda ni kena bayar RM31K makan di Salt Bae

Oleh MHDAILY

Dicaj RM88 untuk sehiris Avacado, nak pengsan pemuda ni kena bayar RM31K makan di Salt Bae. Seorang lelaki di Dubai terkejut menerima bil sebanyak 31,475 dirham atau sekitar RM37,147 ketika makan di sebuah restoran milik cef terkenal, Salt Bae, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Katanya, dia datang ke restoran tersebut dan memesan beberapa makanan hanya kerana mahu melihat Salt Bae secara bertentang mata.

Namun tidak sangka dikenakan bil lebih RM31,000.

Pelanggan yang dikenali sebagai Mitch itu memuat naik video di TikTok menerusi akaun @mitchthird dan menunjukkan resit 31,475 dirham itu baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian, resit ditunjukkan ada tertulis satu hirisan avokado berharga lebih RM80 yang kemudian mengundang komentar dari pengguna media sosial mengatakan mereka lebih rela bawa buah itu dari rumah.

Dicaj RM88 untuk sehiris Avacado, nak pengsan pemuda ni kena bayar RM31K makan di Salt Bae

Antara hidangan dalam bil itu termasuklah stik Golden Ottoman berharga 3,000 dirham (RM3,540), dua botol wain Bonnes Mares berharga 23,980 dirham (RM28,301) dan satu hirisan avokado 75 dirham (RM88.52)

Lelaki itu juga sempat membulatkan ‘disclaimer’ di hujung bil yang tertulis bahawa caj perkhidmatan tidak disertakan.

Ramai netizen di TikTok terkejut melihat harganya seperti yang dikatakan oleh seorang pengguna: “Saya tidak akan membayar untuk itu walaupun saya kaya.

@mitchthirdNote to self: check the wine prices♬ original sound – sped songs &lt3

”Seorang lagi netizen berkata: “Saya akan membawa avokado dan air saya sendiri? Betulkah ia (stik) diperbuat daripada emas?”.

Salt Bae atau nama sebenar Nusret Gokce berasal dari Turkiye sebelum ini terkenal dengan hidangan stik bersalut emas di restoran miliknya itu, Nusr-Et.

BACA: 

“Nak muntah saya tengok video saya asyik FYP” – Fatin Afeefa

Bentuk badan punya pasal, hidup Bella Dowanna dipenuhi komen luc4h