‘Saya tak nak cakap soal kecewa’, Ini jawapan Yusof Haslam tentang Shamsul sambil menangis

Oleh MHDAILY

‘Saya tak nak cakap soal kecewa’, Ini jawapan Yusof Haslam tentang Shamsul sambil menangis. Air mata pengarah dan juga penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam akhirnya gugur ketika berkongsi perasaan tentang kontroversi ‘kahwin dua’ membabitkan anaknya, Syamsul Yusof.

Ujar Yusof, 68, sebagai seorang bapa sudah tentu dirinya berasa kecewa atas apa yang berlaku, lebih-lebih lagi selepas Syamsul bernikah bersama isteri keduanya, Ira Kazar tanpa memberitahu keluarga.

Bagaimanapun, Yusof mendakwa rasa kecewa dan marah itu lebih dirasai oleh isterinya, Datin Patimah Ismail atas apa yang dilakukan Syamsul terhadap isterinya, Puteri Sarah serta dua anak mereka.

'Saya tak nak cakap soal kecewa', Ini jawapan Yusof Haslam tentang Shamsul sambil menangis

“Bohong kalau saya tidak rasa kecewa apabila langsung tidak dimaklumkan tentang pernikahan oleh anak sendiri yang dijalankan di Thailand.

“Tapi perasaan dan luahan hati saya mungkin tidak sama dengan apa yang dirasai oleh ibunya. Dia (isteri) memang marah,” ujar Yusof ketika ditemu bual dalam program Melodi, hari ini.

Sambil menahan rasa sebak, Yusof mahu Syamsul bertanggungjawab jika berlaku perkara tidak diingini (bercerai) antara dia dan juga Puteri Sarah walaupun enggan kejadian seumpama itu berlaku.

“Kalau timbul apa-apa masalah selepas ini, saya harap dia (Syamsul) akan memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Jika mereka tiada jodoh (walaupun saya tidak memintanya), saya mahu Syamsul sebagai seorang bekas suami harus jalankan tanggungjawab kepada bekas isteri dan anak-anak. Bukannya dengan memberi duit semata-mata,” tegas Yusof.

Kongsi pengarah drama popular, Gerak Khas itu, perkahwinannya bersama isteri sudah pun mencecah usia 40 tahun dan masih kekal harmoni sehingga ke hari ini kerana peranannya sebagai seorang suami ‘pemujuk’.

Kata Yusof, sebagai seorang suami, dia perlu tahu untuk memenangi semula hati isteri jika berlaku salah faham dan tidak akan membiarkan wanita itu merajuk dan memendam rasa seorang diri.

“Saya telah berkahwin dengan isteri selama 40 tahun. Apa yang membuatkan kami masih kekal kerana saya seorang yang akan memujuk.

“Kalau isteri merajuk, kita pujuk. Jangan biarkan isteri merajuk, memendam rasa seorang diri. Kita manusia yang tidak sempurna.

“Kalau ada masalah, masing-masing selesaikan. Suami kena mainkan peranan sebab suami imam dalam keluarga,” tegasnya.

Reda atas apa yang terjadi, Yusof tetap mendoakan kesejahteraan Syamsul dan berharap agar lelaki itu akan lebih bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan yang disifatkan sebagai perjuangan.

“Saya sebagai seorang bapa, sentiasa mendoakan yang terbaik. Itu sahaja. Saya berharap Syamsul akan lebih bertanggungjawab kerana kehiduapn bukan suatu perjalanan yang mudah. Hidup ini umpama perjuangan.

“Kalau ada buat silap, cuba mengakui kesilapan kita. Jangan anggap isteri perlu dengar cakap kita 100 peratus. Amalkan bertolak ansur, InsyaAllah rumah tangga kita akan kekal,” katanya.

BACA JUGA :

“Kami keluarga Syamsul tidak akan maafkan Kazar”

Rumah paling unik di dunia, dah 40 tahun duduk tengah roundabout

Baru je kecoh Syamsul buat Ira Kazar isteri nombor dua, ada pula yang ketiga?