“Kami keluarga Syamsul tidak akan maafkan Kazar”

Oleh MHDAILY

“Kami keluarga Syamsul tidak akan maafkan Kazar”. “Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya (Ira Kazar) berkahwin dengan Syamsul.”

Itu kenyataan yang ditulis sendiri oleh ibu kepada pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail dalam satu tangkap layar komen yang tular apabila tidak akan memaafkan perbuatan pelakon, Kazar Saisi kerana membantu anak perempuannya bernikah dengan suami orang.

Dalam kenyataan tersebut, Fatimah melahirkan rasa kesal dan kecewa atas tindakan pelakon veteran itu apabila tergamak menghancurkan rumah tangga menantu kesayangannya yang juga isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana.

"Kami keluarga Syamsul tidak akan maafkan Kazar"

“Kazar telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka! Namun kami terima takdir yang telah berlaku ke atas anak kami yang malang itu,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi tinjauan Kosmo! Online dalam Instagram milik Kazar atau nama lengkapnya Kazaruddin Saisi, pelakon yang terkenal dengan watak Pak Samad menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu masih tenang tanpa berkongsi apa-apa hantaran berkaitan kontroversi membabitkan anaknya.

Jumaat lalu, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah memasuki episod baharu apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengaku sudah bernikah dengan Ira Kazar yang berwalikan bapa kandungnya, Kazar di Thailand.

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah pula mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah dan telah menyekatnya dalam aplikasi WhatsApp sejak setahun lalu.

Dia juga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Syamsul dan Ira.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia tiga tahun.

BACA JUGA :

Covid makin menggila, mayat terpaksa dibakar atas jalan

KKM tawar 5,000 jawatan kosong tetap, mohon sekarang

Sunway Medical Centre kini hospital pintar terbaik 2022