Sempena tahun baru, kerajaan umum harga petrol turun. Syarikat PI Pertamina menurunkan harga petrol bukan subsidi jenis Pertamax iaitu RON 92 daripada RM3.92 kepada RM3.61 seliter mulai semalam, lapor portal berita CNBC Indonesia.
Pengumuman harga baharu itu diumumkan oleh Pengarah Utama Pertamina, Nicke Widyawati pada sidang akhbar yang turut memberitahu, harga minyak Pertamax Turbo atau RON 98 turut turun kepada RM3.96 berbanding RM4.29.
Selain petrol, harga diesel Dexlite kini dijual pada RM4.55 berbanding RM5.16 sebelum ini, manakala Pertamina Dex juga turun dari RM5.30 kepada RM4.72 seliter.
“Sesuai formula yang sudah ditetapkan Kementerian ESDM (Sumber Mineral dan Tenaga), itu semua akan bersamaan turun,” kata Nickie di Stesen Bahan Bakar Pertamina MT Haryono, Tebet, Jakarta Selatan seperti dilaporkan portal berita Tempo.co.
Namun, Pertamina tidak menurunkan harga diesel bersubsidi dan petrol Pertalite kerana Nicke memberitahu bahawa pihak pemerintah telah memberikan subsidi yang besar untuk kedua-dua jenis bahan bakar tersebut.
Pada kebiasaannya, penyesuaian harga minyak bukan subsidi itu dilakukan sekali dalam setiap bulan.
BACA JUGA :
Fizi Ali dah berani dedah pengganti ibu kepada anaknya
Atlet MMA buat perangai gangster dalam pesawat, last-last kena halau
Ketagih tarik rambut kembar sendiri, penyelesaiannya buat ramai puas hati