Atu Zero kata tak boleh nyanyi live di TV, Nabila Razali kecil hati bergurau macam tu

Oleh MHDAILY

Atu Zero kata tak boleh nyanyi live di TV, Nabila Razali kecil hati bergurau macam tu. Penyanyi dan pelakon Nabila Razali berasa kecewa dengan tindakan pelawak Atu Zero yang ‘bergurau kasar’ ketika dalam program The Masked Singer Malaysia musim ketiga.

Di Instagram Stories, Nabila, 30, meluahkan rasa tidak senang apabila Atu mempersenda bakat nyanyiannya ketika menjadi juri program itu.

Tegasnya, gurauan itu sama sekali tidak lucu untuk dirinya yang sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi penyanyi yang bagus.

Mungkin punchline sebegini kelakar bagi sesetengah orang. Tetapi bagi saya ia tidak. Saya cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri setiap tahun. Hanya peminat sejati saya yang tahu kemajuan yang saya buat.

Menerusi rakaman video yang tular di TikTok, Atu dengan selamba menyatakan Nabila tidak boleh menyanyi secara ‘live’ (siaran langsung) selepas selesai persembahan daripada peserta yang menyanyikan lagu Pematah Hati.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali memohon kepada semua komedian untuk menjadi lebih sensitif dan berhati-hati ketika bertutur.

Atu Zero kata tak boleh nyanyi live di TV, Nabila Razali kecil hati bergurau macam tu

Kepada semua pelawak di luar sana sila cari bahan yang lebih baik untuk membuat orang ketawa. Saya tidak nampak ini berbeza dengan body shaming.

Atau mungkin anda benar-benar perlu merendahkan seseorang supaya anda menonjol. Saya tak marah dia langsung. Cuma kecewa sikit.

BACA JUGA :

‘Dah keluar gua, play victim pulak’ – Puteri Sarah mengata Syamsul lagi

Bos Jakel cerita keadaan sebenar gedungnya di Shah Alam boleh terbakar

Kecoh jumpa king cobra bawah kerusi