Suami hilang sejak Ogos, isteri wartawan minta tolong PM Anwar. Isteri kepada wartawan Pakistan Syed Fawad Ali Shah mendakwa, suaminya gagal dikesan di negara ini sejak 23 Ogos lepas.
Dalam satu sidang media di ibu negara hari ini, wanita yang hanya dikenali sebagai Syeda itu berkata, dia memohon agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membantu mempercepatkan usaha mengesan suaminya itu.
Selain itu, wanita tersebut berkata, dia juga amat mengalu-alukan bantuan mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan supaya keselamatan suaminya itu terjamin.
“Pihak polis sebelum ini memaklumkan kepada saya bahawa suami saya ditahan oleh Imigresen Putrajaya. Mereka berkata saya perlu pergi ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Putrajaya, untuk berjumpa dengan suami saya.
“Ketika itu saya tidak boleh datang ke Malaysia kerana saya sedang mengandung. Tetapi saya ingin mengetahui atas alasan apa suami saya ditahan. Pegawai itu berkata polis tidak dibenarkan untuk menguruskan kes tersebut atas alasan ia kes di bawah imigresen,” katanya lagi.
Syeda yang baru melangsungkan perkahwinan dengan Syed Fawad pada tahun lepas selanjutnya berkata, susulan berita itu, dia mula mengalami serangan panik, tekanan darah tinggi sehingga mengakibatkan dia keguguran.
Dakwa wanita itu lagi, sekitar Februari tahun lepas, dia pernah datang ke Malaysia dan tinggal di sini hampir sebulan lamanya bersama suaminya sebelum pulang ke Pakistan.
Syeda berkata, dia kembali ke negara ini pada 19 Disember lalu dan pergi ke balai polis dua hari selepas itu, namun gagal untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai keberadaan suaminya.
Di Ibu Pejabat JIM, Syeda berkata, dia dimaklumkan bahawa suaminya itu telah pun dihantar pulang ke Pakistan.
Dakwa Syeda lagi, pemeriksaan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, di sini, tidak menunjukkan sebarang dokumen bahawa Syed Fawad telah dihantar pulang ke negara asalnya.
Media sebelum ini melaporkan, Syed Fawad merupakan wartawan yang banyak membuat laporan tentang korupsi di negaranya sebelum datang ke negara ini sejak 2009 untuk mendapatkan suaka dan perlindungan.
BACA:
Bos Hup Seng letak jawatan dari syarikat, ‘dari kecik makan biskut ni’
Budak selamba je order McD di kios sampai RM17K
Bot TLDM tak sengaja langgar KD Laksamana sampai terjadi benda ini
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio