Radhi OAG buat pengakuan mengejut depan 2,000 penonton, “saya tak pandai baca Quran..”. Vokalis kumpulan OAG, Radhi, 45, tidak malu mengakui belum pandai membaca al-Quran dan masih dalam fasa belajar.
Menerusi Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam, Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali membuat pengakuan di hadapan lebih 2,000 penonton.
Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu juga meminta peminat untuk terus mendoakan dirinya agar proses belajar membaca al-Quran dipermudahkan.
“Sejujurnya, saya belum pandai membaca al-Quran dan masih belajar.
“Semoga Allah memberikan peluang untuk saya pandai membaca al-Quran, doakan saya insya-Allah,” katanya sebelum memulakan konsert yang turut mendapat sokongan ramai.
Dalam masa sama, Radhi secara spontan menyebut OAG yang juga singkatan bagi Old Automatic Garbage itu antara lain membawa erti Only Allah Greatest sebagai tanda mengagungkan Yang Maha Esa.
Malah, pelakon utama filem Antoofighter terbitan 2008 itu sentiasa mengajak peminat yang hadir ke konsert berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.
Konsert OAG 30 Tahun Generasiku menjadi konsert berskala besar yang julung kali diadakan selepas tiga dekad band itu berada dalam arena muzik tempatan.
Antara lagu popular dinyanyikan termasuklah 60’s TV, Knocked Silly, Slumber, Generasiku, Dayang, PerMYsury, Biru dan Akustatik.
BACA:
Menara KL kena jual diam-diam oleh kerajaan 30 bulan?
Baru umur 28 tahun tapi muka dah macam nenek
Jodoh dengan cikgu taska, ‘tak sia-sia kerap pusing kawasan ini, siap suruh beli aiskrim’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio