Baru je siap buat pesawat dah terlanggar bangunan, tak sempat nak serah. Sebuah pesawat Airbus A330Neo dilaporkan telah mengalami kerosakan selepas berlaku perlanggaran dengan sebuah bangunan, di Perancin baru-baru ini.
Memetik laporan Simple Flying, pesawat serba baharu yang dimiliki oleh syarikat penerbangan Condor Airlines itu berlanggar dengan sebuah bangunan semasa ia ditunda di ibu pejabat Airbus di Toulouse.
Difahamkan, pihak bomba turut bergegas ke tempat kejadian apabila bahan api mula bocor selepas perlanggaran itu berlaku.
Berikutan kejadian itu, seorang jurucakap Condor Airlines memaklumkan bahawa masih terlalu awal untuk menentukan sama ada penghantaran pesawat Airbus A330Neo baharu kepada syarikat penerbangan Jerman itu akan mengalami sebarang kelewatan.
“A330Neo MSN 1966 Condor yang belum diserahkan kepada syarikat Condor telah mengalami kerosakan di bahagian sayap semasa rutin operasi pesawat dilakukan di Toulouse petang semalam. Pakar Airbus kini sedang menyiasat kerosakan untuk memberikan penilaian secepat yang mungkin,” kata pihaknya.
Dalam pada itu, jurutera Airbus perlu menilai kerosakan yang dialami terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada tarikh penghantaran perlu ditangguh atau sebaliknya.
Penghantaran itu dijangka akan berlangsung pada bulan ini.
Sebelum ini, Condor Airlines menenmpah sebanyak 18 pesawat A330Neo jenis baharu daripada Airbus untuk menggantikan Boeing 767 yang dikatakan sudah tua itu.
Dua minggu yang lalu, pesawat pertama bagi syarikat penerbangan itu telah terbang di Toulouse dengan menampilkan corak berjalur hijau dan putih yang mampu menarik perhatian penumpang.
Kemudian, pesawat A330Neo yang kedua pula telah melakukan penerbangan pertama pada 8 Disember dengan corak berjalur kuning dan putih.
BACA:
Morocco hantar pemain ke-12 pergi Qatar, perkuatkan ‘team’
Isu tuala wanita: Dr Zaliha perjelas isu sebenar
Ejen hartanah buat review rumah RM1.2 Juta Shuk Sahar, “banyak dia habis ni”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio