Morocco hantar pemain ke-12 pergi Qatar, perkuatkan ‘team’

Oleh MHDAILY

Morocco hantar pemain ke-12 pergi Qatar, perkuatkan ‘team’. Syarikat Penerbangan Antarabangsa Maghribi menyediakan 30 penerbangan pergi balik tambahan kepada penyokong untuk ke Qatar bagi perlawanan separuh akhir Piala Dunia bersejarah menentang Perancis, awal pagi Khamis ini.

“Bagi membolehkan ramai warga Maghribi menyokong pasukan kebangsaan dan merasai emosi separuh akhir Piala Dunia, Royal Air Maroc telah menubuhkan jambatan udara antara Casablanca dan Doha,” kata firma itu dalam satu kenyataan semalam.

Maghribi menyingkirkan Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo 1-0 pada suku akhir kelmarin untuk menjadi pasukan Afrika pertama atau pasukan Arab mara ke separuh akhir Piala Dunia sekali gus mencetuskan pesta di seluruh dunia Arab.

Syarikat penerbangan kerajaan Afrika Utara itu menggelarnya sebagai “kelayakan bersejarah” dan berkata jet jumbo akan mengendalikan 30 penerbangan pergi balik tepat pada masanya untuk perlawanan itu.

Sebelum ini peminat mengadu menerusi dalam talian mengenai gangguan di lapangan terbang yang sesak di Casablanca, ibu kota ekonomi Maghribi, menjelang aksi berdepan Portugal.

Morocco hantar pemain ke-12 pergi Qatar, perkuatkan 'team'

Jurulatih Walid Regragui, yang mengambil alih tugas hanya tiga bulan sebelum bermula kejohanan, berulang kali memanggil penyokong Maghribi ‘pemain ke-12 dalam pasukan’.

BACA:

Pernah kontroversi kes tengking pegawai imegresen, KPPA sah ditamatkan perkhidmatan

Ejen hartanah buat review rumah RM1.2 Juta Shuk Sahar, “banyak dia habis ni”

Netizen perasan muka Nabila Razali dah nampak tua