Ejen hartanah buat review rumah RM1.2 Juta Shuk Sahar, “banyak dia habis ni”

Oleh MHDAILY

Ejen hartanah buat review rumah RM1.2 Juta Shuk Sahar, “banyak dia habis ni”. Umum mengetahui, Shuk Sahar terpaksa menjual rumah mewah bernilai RM1.2 juta miliknya selepas kediaman mewah tersebut sudah mempunyai pembeli pada Jun lalu.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @syafirulizwan yang merupakan seorang ejen hartanah telah menunjukkan beberapa keping gambar sebelum dan selepas rumah mewah itu diubah suai serta mengatakan Shuk sudah berhabis banyak wang ringgit untuk kos pengubahsuaian itu.

@syafirulizwan Rumah mewah Shuk Sahar Tinggal Kenangan. Ferrea Denai Alam, Elmina West. #shuksahar #rumahmewah #elmina #denaialam #hartanah #selebritimalaysia #shouldbeme ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Dapat dilihat, rumah tersebut telah ditambah beberapa bahagian dan juga mengetengahkan rekaan Europian serta perabot juga minimalis membuatkan ia kelihatan mewah.

Difahamkan, Shuk terpaksa menjual rumah miliknya itu disebabkan dia perlukan wang untuk membayar hutang kad kredit, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga untuk meneruskan kehidupannya setelah kerjayanya ‘musnah’ disebabkan kontroversi.

Ejen hartanah buat review rumah RM1.2 Juta Shuk Sahar, "banyak dia habis ni"

Perkongsian terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mahu kes Shuk dijadikan pengajaran agar mengawal perbelanjaan diri serta menyimpan wang untuk masa depan. Malah, para netizen turut mengatakan bahawa dekorasi dan rumah Shuk ini memang cantik.

BACA:

Anak P. Ramlee nak jumpa Altimet

‘Prank’ campak kek ke muka pengunjung undang kecaman orang ramai

“Dah 10 tahun masih tak serik” -TMJ