Aksi lelaki acu senapang dekat bakal mentua jadi kecoh, “nak bagi kahwin ke tak?”

Oleh MHDAILY

Aksi lelaki acu senapang dekat bakal mentua jadi kecoh, “nak bagi kahwin ke tak?”. Alam perkahwinan merupakan satu fasa baru dalam hidup setiap insan yang sangat mengidamkan kehidupan berumah tangga bersama-sama.

Setiap pasangan yang ingin melangkah ke jinjang pelamin kebiasaannya akan meminta restu daripada kedua ibu bapa dan keluarga mereka terlebih dahulu bagi mendapatkan berkat.

Walau bagaimanapun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan menggunakan cara masing-masing bagi menambat hati ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki meminta restu kahwin daripada bakal ibu mertuanya sambil bergurau menggunakan senapang mainan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @muzz.fhn, telah dipaparkan lelaki tersebut bergerak ke arah bakal ibu mertua itu yang kelihatannya sedang berada di sebuah kilang mesin jahit.

Aksi lelaki acu senapang dekat bakal mentua jadi kecoh, "nak bagi kahwin ke tak?"

Dia menghunuskan senapang mainan itu sambil bertanyakan restu untuk membenarkan dia berkahwin dengan anaknya ataupun tidak.

“Haa.. nak bagi kahwin ke tak nak?” tanyanya secara bergurau berulang kali.

Perakam video berkenaan hanya tergelak sahaja melihat telatah mereka berdua itu.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya memperoleh sebanyak 748.5K tontonan, 34.4K suka, dan 154 komen.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata warganet turut sama terhibur dan berdekah melihat aksi lelaki tersebut yang menggunakan cara tersendiri meminta restu yang agak ‘luar biasa’.

Bagi netizen, kehadiran lelaki ke dalam keluarga barunya akan mampu ‘menghidupkan’ suasana meriah di dalam keluarganya itu.

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet yang ikut berseloroh mengenai situasi tersebut.

Antara komen netizen:

“tiber nanti mak dia simpan bazooka bawah mesin jahit. 😂😂😂”

“Hahaha! Mntk restu cara paksa ni.. 😂😂”

“Laki aq mcm nilah dgn mak aq😂 ade je gelagat dya”

“Sempoi betul dapat bakal menantu macam ni HAHAHHAHAHAHA”

“hahaha. baca komen kata bakal mak mertua. kalau gini, restu je la. lama2 nanti masuk air lagi kang 😂”

@muzzfaiqahNak bagi kawin ke tak camni ek♬ DJ I m Addicted To – DJ Bambu

BACA:

Wanita ada 31 jari tangan berkurung dalam rumah, kena gelar ahli sihir oleh jiran

Anak Hattan kena scam oleh ejen cari kerja online

Dai Syed dan Hana Ismail sah suami isteri