Wanita ada 31 jari tangan berkurung dalam rumah, kena gelar ahli sihir oleh jiran

Oleh MHDAILY

Wanita ada 31 jari tangan berkurung dalam rumah, kena gelar ahli sihir oleh jiran. SEORANG wanita yang dilahirkan dengan 31 jari tangan dan kaki menghabiskan sepenuh hidupnya berkurung di dalam rumah selepas digelar ahli sihir oleh jirannya.

Kumari Nayak, 63, mengalami polidaktil iaitu sejenis penyakit yang membuatkan penghidapnya memiliki jari melebihi normal.

Keadaan itu menjejaskan kehidupan Kumari sehingga dia terpaksa berkurung di dalam rumah sepanjang masa.

Wanita ada 31 jari tangan berkurung dalam rumah, kena gelar ahli sihir oleh jiran

Kumari tidak mempunyai wang untuk menjalani rawatan dan mendakwa jirannya menggelar dirinya ahli sihir kerana keadaannya itu.

“Saya lahir dengan kecacatan ini dan saya tidak mampu pergi ke klinik kerana keluarga saya miskin.

“Saya sudah menderita penyakit ini selama 63 tahun. Jiran-jiran percaya saya ahli sihir dan sering menyisihkan saya.

“Akibatnya saya terpaksa berkurung di dalam rumah kerana dilayan teruk orang sekeliling,” katanya yang berasal dari Odisha, India.

BACA:

Anak Hattan kena scam oleh ejen cari kerja online

Dai Syed dan Hana Ismail sah suami isteri

Fasha Sandha jawab dakwaan hamil selepas nampak ‘baby bump’