Fasha Sandha jawab dakwaan hamil selepas nampak ‘baby bump’

Oleh MHDAILY

Fasha Sandha jawab dakwaan hamil selepas nampak ‘baby bump’. Sebut sahaja nama Fasha Sandha pastinya ramai yang mengenali pelakon berbakat besar ini. Sudah cukup lama berada di dalam industri hiburan tanah air, Fasha Sandha sememangnya memiliki barisan peminatnya yang tersendiri.

Memiliki personaliti mesra dan sentiasa menghormati orang lain membuatkan pelakon ini sangat mudah didekati. Malah terbaharu satu rakaman yang memaparkan Fasha Sandha dikerumuni pekerja di pusat beli-belah telah mencuri perhatian ramai.

Mesra layan peminat

Fasha Sandha yang mengenakan baju dress hijau nampak sangat mesra melayan peminatnya biarpun pada waktu itu dia sedang membeli-belah.

Fasha Sandha jawab dakwaan hamil selepas nampak 'baby bump'

Berikut adalah rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini:

@alfaromalaysia #foryou #pyp #viralvideo @fashasandha ♬ original sound – Bushra👑

Ada yang kata nampak baby bump

Walaupun begitu, di ruangan komen video tersebut ramai yang mendakwa nampak ‘baby bump’ Fasha Sandha. Malah ada juga yang tertanya-tanya adakah Fasha Sandha sedang hamil. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

Fasha Sandha nafi hamil

Biarpun begitu, di ruangan komen satu akaun Instagram yang tertanya-tanya adakah pelakon jelita ini hamil Fasha Sandha menjawab persoalan tersebut.

Fasha Sandha nafi hamil dan mengatakan yang dia sememangnya ada perut kerana ketika itu dia baru lepas makan.

.

Ha.. tuan empunya badan dah jawab. Baru lepas makan je rupanya. Mungkin sebab baju yang dipakai pun menjadi punca spekulasi juga.

BACA:

Kambing cantik jadi hadiah perkahwinan jadi perhatian orang ramai

3 pemimpin harumkan nama MCKK

Keluar juga ayat ni dari mulut Nurul Zahid selepas ayahnya jadi TPM