Terkejut netizen tahu harga yang Chef Wan upah bayar nurse jaga ibunya. Sesiapa sahaja pastinya akan cuba memberikan yang terbaik kepada kedua ibu bapa bagi membalas jasa mereka. Itulah yang dilakukan oleh chef selebriti terkenal, Chef Wan yang menjadi inspirasi ramai dalam berbakti kepada kedua orang tua.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Chef Wan memberitahu dia kini telah mengupah jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah. Seperti yang diketahui ramai, ibu kepada chef selebriti ini menghidap penyakit Demensia dan memerlukan penjagaan rapi.
Menurutnya, dia melantik jururawat khas yang akan bertugas bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang dengan bayaran RM180 sehari. Difahamkan, Chef Wan membayar hampir RM6,000 sebulan untuk mengupah jururawat bagi menjaga ibunya itu.
Lihat siaran ini di Instagram
Walaupun menelan kos yang tinggi, dia berasa senang dan gembira apabila ada yang akan menemani ibunya semasa di rumah. Malah dia memberitahu duit boleh dicari namun ibunya itu adalah segala-galanya dalam hidupnya.
“Takpe la duit boleh cari ibu adalah segala-galanya. Anda mesti sentiasa berusaha untuk memberi ibu penjagaan yang terbaik supaya dia gembira dan selesa. Tak payah lah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi.”
Chef Wan turut menasihati orang ramai untuk menjaga ibu mereka dengan baik dan memberikan kebahagiaan, keselesaan dan kasih sayang sepenuhnya. Selain itu, dia turut berkata mereka yang membantu ibu bapa akan dikurniakan hidup dan akhirat yang diberkati.
BACA:
Asyraf Wajdi tegaskan kerajaan perpaduan Anwar didominasi oleh MP muslim
TIPS RAHSIA KEJAYAAN BISNESS SAMER
Tular tudung labuh pelajar dipotong cikgu, akhirnya wanita ini beri penjelasan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio