Gaji pengadil Piala Dunia ini pasti buat anda terkejut

Oleh MHDAILY

Gaji pengadil Piala Dunia ini pasti buat anda terkejut. Selain pemain bola sepak, pengadil juga adalah watak yang sangat penting yang mana bertanggungjawab memastikan perlawanan berjalan dengan lancar.

Dan pastinya ini bukanlah satu tugas yang mudah lebih-lebih lagi melibatkan sukan di tahap antarabangsa seperti Piala Dunia.

Mungkin ramai di antara kita yang tahu bahawa para pemain menerima bayaran tinggi yang kadang-kala tidak masuk akal, kan?

Namun tahukah anda pengadil juga boleh bergelar jutawan?

Bayaran pengadil di Piala Dunia FIFA

Gaji pengadil Piala Dunia ini pasti buat anda terkejut

Menurut sumber, pengadil dari konfederasi bola sepak akan menerima ‘pampasan yang besar’ untuk khidmat mereka di Piala Dunia.

Bermula di Piala Dunia 2018 di Rusia, FIFA membayar gaji pokok kepada setiap pengadil sebanyak RM313,600 (USD70,000) dan mendedahkan bahawa ia akan dilakukan untuk setiap kejohanan yang akan datang.

Pembantu pengadil juga menerima bayaran yang agak lumayan sekitar RM112,000 (USD25,000) untuk penglibatan mereka.

Jumlah yang diterima ini dikatakan sekurang-kurangnya tiga kali lebih tinggi daripada apa yang diterima untuk Liga Juara-Juara Eropah.

gaji pengadil piala dunia

Tambahan lagi, pengadil dibayar RM13,440 bagi perlawanan peringkat kumpulan dan jika terlibat dalam peringkat kalah mati, jumlah ini bertambah kepada RM44,800.

Jumlah yang diberikan ini ditambah kepada gaji kontrak mereka.

Bagi pengadil yang mengadili semua perlawanan termasuk perlawanan akhir, mereka boleh menerima sehingga RM1,344,000 sepanjang Piala Dunia berlangsung.

BACA:

“Power gila skill brother ni!” – Pemandu Lori dipuji berjaya elak kemalangan

Nabila Razali nikah dalam diam? Gambar ini jadi bukti

Nurul Izzah disahkan positif Covid-19