GV: Jaclyn juara, Bob Yusof nombor 2, Tomok tiada. Markah paling tinggi telah pun berjaya diperoleh juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), iaitu sebanyak 85.86% ketika saingan konsert akhir yang berlangsung, malam tadi.
Dengan kemenangan yang diraih, penyanyi lagu Ikut Rentakku ini berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, tajaan penginapan, percutian ke Paris dan trofi sumbangan Astro.
Malah, Jaclyn turut menerima RM2,000 selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Memukau Adabi.
Bob Yusof dengan 76.28% di kedudukan kedua sementara Shila Amzah pula mendapat tempat ketiga dengan markah 76.02%.
Shila membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.
Berikut ialah markah kesemua bintang akhir yang bersaing yang mana ia 100% diadili juri profesional;
Terdahulu, mereka diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang bersama juri jemputan, Edry Abd Halim.
BACA:
10 Fakta Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) 2022
Gelagat cikgu cantik ni nafi dah popular di Tiktok buat ramai geli hati
‘Tolonglah GV jangan habis awal, masa ni je nak ketawa’, kata Linda Onn sambil puji Elly
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio