Gelagat cikgu cantik ni nafi dah popular di Tiktok buat ramai geli hati

Oleh MHDAILY

Gelagat cikgu cantik ni nafi dah popular di Tiktok buat ramai geli hati. Beberapa kali pernah tular di laman TikT0k, gelagat seorang guru cuba “menafikan” dirinya merupakan individu itu selepas “kantoi” dengan anak murid sendiri mencµri tumpuan warganet sekali lagi.

Menerusi video pendek @yattahmad23, gelagat lucu ketika menafikan persoalan anak muridnya telah menarik perhatian lebih daripada 823,000 ribu tontonan serta menerima lebih daripada 85,000 tanda suka.

Kata Haryati Ahmad perkara itu sememangnya sudah dijangka memandangkan tiga kali dirinya viral di platform tersebut.

@yattahmad.officialHari2 dpt soalan yg sama 😅

♬ original sound – Yatt Ahmad 🇲🇾 – YattAhmad


“Apabila disoal saya tak terkejµt pun sebab ada tiga video saya pernah viral sebelum itu.

Gelagat cikgu cantik ni nafi dah popular di Tiktok buat ramai geli hati

“Kali pertama viral tentang saya terbang sambil beri bekas makanan dekat suami, kedua; sambungan video terbang untuk ‘Merdeka Challenge’ dan terakhir kisah acah-acah pergi Switzerland,” kata anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.

Dalam video pendek itu, kedengaran Haryati cuba menafikan dirinya selepas dis0al anak murid di dalam kelas.

“Itu bukan teacher, itu kembar teacher. Siapa percaya? Teacher tak main TikT0k”.

Ia kemudian disusuli riuh gemuruh suara anak murid Haryati.

Tambahnya, dia percaya kehadiran dirinya di laman TikT0k disedari disebabkan penggunaan gajet sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

“Mungkin kerana mereka (murid) ada akses internet, video-video itu lalu dalam ‘for your page’ masing-masing. Bila naik sekolah, mereka terus panggil saya Teacher TikT0k,” ujarnya.

Beliau yang mengajar murid tahap 1 mengatakan gemar berborak dengan anak murid sementara menunggu loceng tamat kelas berbunyi.

“Biasa saya akan tanya mereka buat apa dan pergi mana. Apabila saya viral di TikT0k, hari-hari mereka akan tanya tentang video TikT0k saya. Namun, saya memang tak akan mengaku itu saya,” ujarnya.

Kata Haryati, pada awalnya mereka percaya itu bukan guru mereka, tapi lama-kelamaan mereka sedar juga.

“Saya saja rekod video berb0rak dengan mereka itu. Sampai ke sudah saya tidak dapat menepis,” ujar ibu kepada lima orang anak sambil tertawa.

Haryati turut berkongsi meskipun terdapat permintaan daripada beberapa orang muridnya untuk tampil dalam video TikTok miliknya, beliau terpaksa men0lak kerana khuatir akan menerima kec4man daripada warganet.

“Ada juga murid yang pernah ajak buat video TikT0k bersama-sama. Tapi saya menolak oleh kerana risau akan ada yang tanggapan burµk pula kerana zaman sekarang kalau silap sikit mesti ramai yang kec4m,” katanya.

Haryati yang sudah berpengalaman 12 tahun mengajar merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau mengambil keputusan terjun ke bidang pendidikan atas saranan keluarganya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen bahawa mereka terhibur akan kerenah anak muridnya.

“Alaa dah kantoi la teacher,” tulis @diladilo

“Teacher dah nak nangis hahahhhaa,” ujar @haziq

“Hahahah budak sekarang pun dah tengok TikT0k,” komen @dahlah

BACA:

“Oyen tetap Oyen, tidak akan mengalah”

‘Tolonglah GV jangan habis awal, masa ni je nak ketawa’, kata Linda Onn sambil puji Elly

Madammu dedah bayar ratus ribu kepada Dayang, “ni kalau Tokti mahu juta-juta”