‘Tolonglah GV jangan habis awal, masa ni je nak ketawa’, kata Linda Onn sambil puji Elly

Oleh MHDAILY

‘Tolonglah GV jangan habis awal, masa ni je nak ketawa’, kata Linda Onn sambil puji Elly. Usahawan dan bekas penyampai radio, Linda Onn berkongsi dedikasinya buat rakan artis, Elly Mazlein yang kini kian menjadi sebutan selepas berjaya mengemudi program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dengan baik.

Menurut Linda, produksi tidak salah memilih hos bagi menggantikan Jihan Muse yang ketika itu sedang berpantang anak kedua.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Linda Onn (@lindaonn7)

“Tengah scroll gambar kat handphone terjumpa ni. Zara dengan Kepompom @iamellymazlein. Tak salah orang Linda pilih jadi watak utama drama pertama terbitan Linda, Kopi Susu Cik Janda.

“Dan tak salah orang GV pilih jadi hos. Sekarang tiap Ahad malam memang mesti tengok GV bukan sebab peserta-peserta yang memang hebat tapi tengok GV sebab Kak Lina Pom Pom.

'Tolonglah GV jangan habis awal, masa ni je nak ketawa', kata Linda Onn sambil puji Elly

“Dia bikin kita yang penat kerja, penat otak seharian ni jadi happy, jadi hilang stress tengok gelagat dia. Good job @iamellymazlein!

“GV janganlah habis awal. Dah lama tak ketawa macam ni,” tulis Linda menerusi salah satu perkongsian di Instagram baru-baru ini.

@mediahiburanofficial Kepom ke, Kak Lina ke, Elly Mazlein ke… kita sayang semua! ♥️ Nombor syatuuu lah dikkk #M#MHnewsMediaHiburan #GV9 ♬ original sound – Media Hiburan

BACA:

Majikan dan pekerja perlu bincang pilih tarikh sesuai untuk cuti umum

Shahidan kata kerajaan pimpinan PH tidak akan kekal

Ringgit mencanak naik ke paras tertinggi selepas Anwar jadi PM