Peminat anggap Hawa hanya klon Neelofa, – “tak perlu kot tiru orang lain”

Oleh MHDAILY

Peminat anggap Hawa hanya klon Neelofa, – “tak perlu kot tiru orang lain”. Pengacara, Hawa Rizwana akui sangat mengidolakan selebriti terkenal, Noor Neelofa tetapi meluahkan rasa segan untuk meminta tunjuk ajar mahu pun pandangan daripada idolanya itu.

Menurut Hawa, perasaan itu muncul dalam dirinya kerana menyifatkan aktres berniqab itu sebagai seorang individu yang sangat berjaya.

Malah, pengacara berusia 27 tahun itu turut berasa malu untuk meminta nasihat daripada Neelofa walaupun telah berkawan dengan kakaknya, Noor Nabila dan pernah melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama.

Kalau jumpa Neelofa di mana-mana majlis pun saya segan nak tegur. Jadi saya tak pernah pun minta pandangannya untuk mengendalikan program MeleTOP.

Peminat anggap Hawa hanya klon Neelofa, - "tak perlu kot tiru orang lain"

Bagaimanapun, Hawa berharap dia dapat bertemu dan berbual panjang dengan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu suatu hari nanti.

Kami pernah berbual sebelum ni tapi sangat sekejap. Kalau ada peluang, siapa yang tidak mahu bersembang dengan Neelofa.

Dalam pada itu, pengacara baharu program MeleTOP itu mengakui tugas mengendalikan program berkenaan merupakan satu beban yang agak berat dan mencabar.

Nabil dan Neelofa dah meletakkan MeleTOP pada satu kedudukan yang agak tinggi, jadi saya akan lakukan sehabis baik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta Hawa untuk mengambil tunjuk ajar dan nasihat daripada pengacara yang lebih berpengalaman seperti Sharifah Shahirah, Jihan Muse, Sherry Alhadah dan Elly Mazlein.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mengecam Hawa kerana terlalu mengidolakan Neelofa sehingga terikut-ikut personaliti selebriti berkenaan.

BACA:

Netizen jatuh hati tengok muka Didie Alias masa muda, cantik sangat ni!

Reaksi isteri nak sokong MU dalam World Cup nanti buat netizen berdekah

70 Profesor Melayu paling berpengaruh pilih Anwar jadi PM