Pesanan ‘manja’ belakang kereta ini buat pemandu hilang fokus ketawa. Tindakan seorang pemandu menampal nota di bahagian belakang keretanya bagi memberi pesanan kepada pengguna jalan raya yang lain tular di media sosial, semalam.
Menerusi video yang dimuat @This.Qied, kelihatan nota tersebut menyatakan bahawa pemandu tersebut baru sahaja menerima lesen.
“Saya seorang pemandu baharu, tolong jangan hon saya. Sekiranya kamu melanggar bonet kereta ini, kamu bertanggungjawab,” tulis pesanan itu.
Dalam pada itu, perakam video tersebut turut menyoalkan identiti pemandu terbabit.
“Siapa pemilik kereta ini? Kenapa comel sangat,” kata Qied di ruangan kapsyen.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen pula mendapati rata-rata orang ramai terhibur melihat video tersebut.
“Kamu hendak ke mana bagi lampu isyarat belok ke sebelah kanan?,” komen seorang netizen.
“Plat kereta baru, sebab itu kena berjaga-jaga,” tulis seorang pengguna.
“Hebat juga pemandu baru tapi memandu di lorong kanan,” seloroh seorang lagi pengguna..
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyatakan bahawa idea menampalkan nota seperti itu sangat berguna terutamanya pemandu yang baru belajar memandu.
BACA:
Padah beli produk ‘made in China’, Kim Jong Un bunuh pegawai Korea Utara
Budak ‘taksub’ dengan ikan mentah, siap buat jadi bantal
Luahan teman lelaki Syazlin Zainal buat semua terkejut
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio