Harry Khalifah buka mulut soal gurauan nak jadi menantu, siap bagi amaran ini. Sesiapa yang aktif menggunakan aplikasi TikTok pasti sering mendengar lagu ‘Sayunk I Love’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Mariam. Lagu terbabit telah mendapat perhatian ramai selepas kerap digunakan sebagai background music untuk konten-konten di media sosial berkenaan.
Disebabkan lagu tersebut viral, Chombi yang juga anak kepada pencipta lagu terkenal, Harry Khalifah telah mendapat tumpuan ramai lebih-lebih lagi peminat lelaki yang terpesona dengan kecantikannya.
Susulan perkara itu, Harry Khalifah atau mesra disapa Apak memberitahu dia tidak kisah sekiraya ada lelaki ingin datang melamar anak kesayangannya itu. Malah, dia bersifat terbuka menerima kedatangan individu berkenaan.
Bagaimanapun, Apak tetap akan melindungi dan mengawasi anaknya memandangkan dia masih berusia 15 tahun.
“Sebagai bapa, saya akan lindungi dia sebab masih lagi di bawah umur, masih 15 tahun. Kalau orang nak berkawan pun tiada masalah. Bab melamar, kalau nak ikut dari segi pemilihan tu saya tak kisah, saya seorang yang terbuka,”ujarnya.
Akan tetapi, individu berkenaan mestilah boleh menjaga dan memimpin anaknya.
“Kalau dia datang dan boleh jaga anak saya, boleh pimpin dia, dah cukup. Tapi, jangan dipukul anak saya sebab saya tak pernah pukul dan jentik anak saya.
“Sebab saya awasi Chombi 24 jam. Kalau saya tiada, ada orang lain yang akan jaga dia dan lindungi dia,”kata Apak.
Apak juga memberitahu dia turut menasihati Chombi untuk memaklumkan kepadanya atau isteri sekiranya ada lelaki yang ingin mendekatinya.
“Saya pun nasihatkan dia juga, macam mana pun dia masih 15 tahun. Selagi dia belum berkahwin, dia di bawah jagaan saya sepenuhnya,”katanya.
Dalam masa sama, Chombi menyatakan hal yang sama di mana dia sendiri akan memaklumkan kepada ibunya terlebih dahulu sekiranya ada lelaki ingin mendekatinya.
“Saya akan bagi tahu mommy dulu sebab ayah ni garang. Saya takut,” kata Chombi walaupun rapat dengan bapanya.
Disoal perkembangan lain, Apak memberitahu dia akan menghasilkan pelbagai genre berbeza buat anaknya selepas single Sayunk I Love You tular dan mendapat perhatian pendengar. Katanya, berkemungkinan single seterusnya adalah bergenre rock.
BACA:
Rahmad Mega buat kejutan di Majlis Konvokesyen anak
Tiada tepukan untuk Hael Husaini di konsert, kehadiran mula tak dipeduli
Anniversary ke 7: Asyraf Khalid hadiahkan Tesla kepada Tya Arifin
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio