Lufya terkilan selepas 3 tahun berjuang tuntut nafkah anak, hakim batalkan kes

Oleh MHDAILY

Lufya terkilan selepas 3 tahun berjuang tuntut nafkah anak, hakim batalkan kes. Pelakon Lufya Omar meluahkan rasa teraniaya apabila kes tuntutan nafkah untuk anaknya, Laana Haura masih belum selesai selepas dua tahun lapan bulan.

Kecewa rupanya kes dibatalkan

Menerusi perkongsiannya di Instagram (IG), Lufya berasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa kesnya sudah dibatalkan oleh Hakim selepas peguam yang mewakilinya tidak hadir untuk menguruskan.

Baru dapat tahu rupanya kes nafkah anak Lufya telah dibatalkan atau ditutup oleh Hakim. Gali punya gali rupanya lawyer kita sendiri tak hadir mewakili kita. Kes telah ditutup pada bulan March 2022 awal tahun lagi.

Ujarnya lagi, penantian dan pengorbanan untuk memberikan yang terbaik buat anaknya perempuannya itu hanya sia-sia sahaja.

Lufya terkilan selepas 3 tahun berjuang tuntut nafkah anak, hakim batalkan kes

Yang kita ni percaya lah kat dia. Alasannya kerana masukkan pembuktian baru. Ini namanya ‘putaran’ 360 darjah. Kita lantik dia untuk bela kita malah rasa teraniaya.

Lufya ni single mom yang bekerja keras menyediakan yang terbaik untuk anak perempuan Fya. Tangisan, jerih, perih membesarkan anak sendiri jangan cerita lah. Apa yang terjadi sebelum ini tolak tepi lah.

Bekas suami bersikap sambil lewa

Dakwa penyanyi berusia 37 tahun ini, bekas suaminya, Che Muhammad Hafiz bersikap sambil lewa mengenai isu nafkah.

Come on. RM300-RM500 jumlah yang tak releven lagi lah untuk nafkah anak. Itu pun culas. Dah failkan kes baru masukkan duit ke account anak itu pun ikut jumlah suka hati dia. Kita perlu berikan yang terbaik untuk anak kita.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Lufya Sheikh Omar bersyukur kerana dapat meneruskan kes itu dengan melantik peguam baru dan berharap dapat menggalas tanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Semoga dilancarkan segala urusanku dan juga urusan seluruh ibu tunggal yang berjuang membesarkan anak-anak mereka seorang diri. Moga Allah permudahkan jalan kita semua dan limpahkan rezeki yang halal.

BACA:

Atlet ini diiktiraf pemain bola sepak tercantik dan seksi di dunia

Bayi membebel dekat ayah sebab lambat bagi susu curi tumpuan

2 kali Jackpot, wanita menang lagi RM143 Juta selepas tuntut hadiah RM47,400 hari yang sama