Atlet ini diiktiraf pemain bola sepak tercantik dan seksi di dunia

Oleh MHDAILY

Atlet ini diiktiraf pemain bola sepak tercantik dan seksi di dunia. MELIHATKAN penampilannya yang cukup memukau dengan rupa paras yang cantik, mungkin ada yang tidak menyangka Ana Maria Markovic sebenarnya seorang pemain bola sepak.

Wanita kelahiran Switzerland itu kini mewakili pasukan kebangsaan Croatia dan bermain untuk kelab Switzerland, Grasshopper.

Markovic, 22, muncul antara berita sensasi media sosial tahun ini. Bahkan, beliau turut mendapat jolokan pemain bola sepak paling cantik di dunia.

alah, beliau juga hampir berjaya menggandakan pengikut di laman Instagram miliknya sejak enam bulan lalu dengan melepasi angka sejuta peminat di platform tersebut.

Atlet ini diiktiraf pemain bola sepak tercantik dan seksi di dunia

Biarpun selesa dikenali sebagai pemain bola sepak paling cantik di dunia, empunya diri bagaimanapun tidak gemar jika ada media yang menggambarkannya sebagai seksi.

“Saya suka ada artikel yang menyebut saya pemain bola paling cantik atau salah seorang yang paling cantik. Itu membuatkan saya senang mendengarnya. Pun begitu, ada juga media lain yang menggambarkan saya sebagai pemain paling seksi. Saya tidak suka.” ujar beliau yang menceburi sukan bola sepak ketika usia 14 tahun.

Berbekalkan kecantikan yang diwarisi oleh ibunya, membolehkan Markovic turut aktif dalam bidang peragaan.

Pun begitu, fokusnya tetap kepada sukan bola sepak, manakala bidang peragaan hanya untuk mendapatkan pendapatan sampingannya.

MINAT CHELSEA & RONALDO

Portal Wolipop melaporkan, Markovic pernah ditanya yang mana satu tim bola sepak kegemarannya?

“Chelsea Dan tentu saja saya mahu ikat kontrak dengan Chelsea,” ungkapnya yang menjadikan Cristiano Ronaldo idolanya kerana kagum dengan etika kerja pemain terkenal tersebut.

Dalam pada itu, keberaniannya wanita tersebut sangat terserlah apabila beliau pernah bersuara menuntut kesaksamaan dalam sukan bola sepak terutama berkaitan dengan gaji pemain wanita.

Terbaharu tentang dirinya, Markovic memuat naik gambar berpakaian seperti kucing menjelang perayaan Halloween.

Namun perkongsian tersebut bagaimanapun dilihat tidak begitu mengujakan. Mungkin kostum yang dikenakan tersebut paling ringkas yang dimilikinya.

Anak muda itu dilihat mengenakan solekan asas misai kucing dan memberi kapsyen pada hantaran itu dengan bertanya, “Apa yang anda pakai ketika Halloween?”

BACA:

Seram bawa ambulans, pemandu tunjuk rakaman kena ganggu mahkluk halus, “dia nangis weh”

Bayi membebel dekat ayah sebab lambat bagi susu curi tumpuan

2 kali Jackpot, wanita menang lagi RM143 Juta selepas tuntut hadiah RM47,400 hari yang sama