Ibu risau anak suka lukis gambar misteri, ‘selalu bersendiri, ketawa apabila ditegur’. Seorang wanita yang dikenali sebagai Herdiana meluahkan rasa terkejut apabila dia mendapati anak perempuannya melukis gambar misteri dan aneh sehingga mencetuskan kebimbangan dan reaksi ramai pihak di laman sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh herdiana di laman TikToknya, dia mendedahkan beberapa lukisan di buku tulis yang agak menyeramkan dimana tidak pernah dilakukan oleh anaknya itu.
Jelasnya, dia meluahkan rasa pelik kerana sebelum ini anaknya tidak mahir dalam melukis dan memaklumkan sejak kebelakangan ini anaknya itu suka bersendirian dan tidur di ruang tamu.
“Ibu terkejut tengok buku tulis anak perempuan ada benda-benda ini, dia ada tekanan perasaan ke macam mana ya?
“Anak saya ini tak pandai pun melukis, kalau melukis pun biasa-biasa sahaja. Tapi sejak kebelakangan ini, dia suka bersendirian dan tidur di ruang tamu. Ada satu lukisan itu berlatarkan dalam rumah saya.
“Bila saya ‘slow talk’ dengan dia, dia hanya suka dan gelak sahaja. Kami selalu juga bergaduh. Tapi biasalah gaduh anak dan mak, minta semua doakan yang baik-baik ya,” ujarnya.
Rasanya dia alami kemurungan
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen berpendapat anaknya itu mengalami kemurungan dan melalui lukisan sahaja dia dapat meluahkan apa yang dialami pada ketika ini.
Bahkan, terdapat individu mengatakan anaknya itu bukan mengalami kemurungan namun, ada ‘sesuatu’ yang sedang menemaninya ketika keseorangan.
Dapatkan rawatan dengan segera!
Malah, mereka juga menitipkan beberapa pesanan dan nasihat buat Herdiana supaya sentiasa menemani anaknya itu dan tidak membiarkan dia keseorangan.
Bukan itu sahaja, netizen turut menggesa Herdiana untuk membawa anak perempuannya mendapatkan rawatan psikologi dengan segera sebelum perkara yang tidak diigini berlaku.
BACA:
Kak Lina tak rela tunjuk muka anak walaupun anak dah setahun
Fizo tayang wajah baby Khaleeda, gambar mummy pula menonjol, “macam anak dara..”
Ini sebab anak lambat cakap walaupun dah capai umur 2 tahun
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio