Kalau dah jodoh…ramai sebak saksi pasangan warga emas kahwin semula lepas 63 tahun bercerai. Bersatu kali kedua selepas 63 tahun berpisah, kisah pengantin warga emas ini viral bikin ramai sebak!
KALAU dah jodoh, memang tak ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat pasangan veteran yang kembali bersatu setelah berpisah lebih enam dekad.
Pengantin lelaki dikenali sebagai Mahmood Mamat yang berusia 84 tahun dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor yang berumur 80 tahun dikatakan pernah berkahwin pada tahun 1958, namun selepas setahun, mereka berpisah.
Pun begitu, siapa sangka, 16 Oktober lalu pasangan itu disatukan semula sebagai suami isteri yang sah.
Tampak segak dan manis dalam persalinan songket rona biru, kisah mereka viral selepas momen majlis penyatuan dalam suasana meriah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok @Khai_nisa91.
“Alhamdulillah, berkesempatan meraikan pasangan atok viral. Tahniah disatukan semula buat kali kedua selepas 63 tahun berpisah,” ujar pemilik akaun video berkenaan sambil memberitahu yang beliau hanya tetamu yang meraikan majlis tersebut.
Sementara itu, salah seorang cucu Mahmood yang dikenali sebagai @cikwawa berkata, selepas dikurniakan seorang cahaya mata, kedua-duanya berpisah.
Kemudian, datuknya yang kini mengambil keputusan berhijrah ke Pahang, manakala bekas isteri tinggal Kelantan.
“Tok Ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Tok Mek setelah 63 tahun tidak bertemu.
“Tok Mek bersetuju dan pihak keluarga juga tidak membantah, malah menyokong keputusan itu.” katanya lagi.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata warga maya meluahkan rasa terharu dan melahirkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.
Demikian komen yang dikongsikan warga maya:
“Alhamdulillah kalau dah jodoh tak ke mana.”
“Masya-ALLAH. Kuat lagi jodoh pasangan ini. Semoga bahagia hingga ke jannah.”
“Tak puas tengok. Cute sangat pasangan ni. Semoga bahagia till Jannah. Amin.”
“Semoga bahagia till jannah. Atuk hensem lagi dan nenek yang sweet sangat. Terharunya cinta pasangan ni.”
“ALLAH sebaik baik perancang. Jodoh ajal maut semua ALLAH yang tentukan. Janji DIA itu pasti. Tiada siapa yang tahu aturan-NYA yang satukan.”
“Ahamdulillah, kuat jodoh atuk dan nenek. Moga kekal hingga jannah. Amin.”