Anwar bakal umum MB Selangor lawan Azmin di Gombak? Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini memberi bayangan meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai calon kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pihaknya bersedia menghantar ‘Panglima Selangor’ itu untuk berdepan saingan di kerusi berkenaan.
“Itu kerja Amir (Amirudin) yang nak jaga Gombak. Kita akan hantar panglima utama Selangor untuk berdepan di Gombak, tapi ini bukan pengumuman rasmi, rasmi nanti Jumaat ini.
“Saya dah bocor soalan, saya bincang dengan Amir (Amirudin), dia kata saya ini panglima, saya mampu Insya-Allah pertahankan (untuk PH),” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Selangor di sini, malam ini.
Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dilaporkan mahu mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU15.
Azmin menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal dan memenanginya atas tiket PKR sebelum keluar parti dan menyertai BERSATU, tahun lalu.
BACA:
Ini sebab anak lambat cakap walaupun dah capai umur 2 tahun
Salah pin tudung, video pembantu kena siku dengan Mas Idayu jadi tular
Tips hilangkan kerak kuali paling berkesan, hanya guna 2 bahan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio